Pages

Tuesday, 26 November 2013

PLKN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan yang sudi singgah ke blog kami..^_^

  Hari ini,saya akan berkongsikan gambar-gambar kenangan saya selama menjadi pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 10/2013.Saya telah ditempatkan di Kem Kepimpinan Gemilang Gopeng,Perak Darul Ridzuan.


 Ini gambar kompeni Alpha 3 wirawati.Di sana,kami dibahagikan kepada 4 kompeni iaitu Alpha,Bravo,Charlie dan Delta.


                                                         Lirik Lagu Rasmi PLKN - Khidmat Negara 

Wira wirawati harapan bangsa

Tiba masa kita berjasa

Kita sahut cabaran bederas seiringan

Demi mencapai wawasan.


Kenali rakan pelbagai budaya

Selami warisan kita yang kaya

Bersama bergandingan tiada perbezaan
Kita Warga Malaysia.



Berkhidmat untuk negara

Berbakti penuh setia

Satu hasrat satu semangat satu tekad bersama.


Kami wira wirawati negara

Kini masa kami berjaya

Kami sahut cabaran berderas seiringan
Kami pasti mencapai wawasan.



Kita sahut cabaran bersama bergandingan

Berkhimat untuk negara

MALAYSIA!!!
                                   
Lagu yang akan kami nyanyikan setiap pagi semasa perbarisan pada pukul 6.30 pagi.



          Ini pula gambar saya ketika terpilih menjadi pengiring komandan untuk melihat baris para pelatih.


                                             Gambar terakhir bersama rakan-rakan seperjuangan.
                                                             

         Hari terakhir di kem.Akhirnya,tamat juga tugas kami di sini sebagai wira dan wirawati yang akan        berkhidmat untuk negara suatu hari nanti,

   Saya rasa sampai situ je gambar yang dapat saya kongsikan.PLKN memang sangat bagus dan jika anda terpilih,anda memang sangat-sangat bertuah kerana tidak semua yang akan dapat merasai pengalaman sebegini.

Nukilan UK30256 ^_^

Monday, 25 November 2013

Nama-nama sebelum Universiti Malaysia Terengganu...:)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan blogger sekalian...
   

     Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah.

Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).

Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra MalaysiaCawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate).

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Putra Malaysia di Mengabang TelipotKuala Terengganu.

Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus Bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001.

Pada 1 Julai 2001 KUT dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM.

Pada 1 februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM) telah dinaik tarafkan kepada universiti penuh bernama Universiti Malaysia Terengganu (UMT)