Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Blog ini merupakan salah satu daripada assessment kami bagi subjek Sistem Komputer dan Aplikasi CSC2001 di bawah pengajaran pensyarah kami iaitu Encik Rabie bin Mamat.Blog ini akan di nilai oleh beliau sendiri.Kumpulan kani terdiri daripada 7 orang ahli kumpulan yang terdiri daripada Hana Anati,Siti Nazirah, Rasyidah, Siti Nooratikha, Akmal Nadhirah, Amiralbasyariah dan juga tidak dilupakan kepada satu-satunya lelaki di dalam kumpulan kami iaitu T.Amirul.
Kami ingin memperkenalkan ahli kami yang pertama iaitu Hana Anati Binti Mohamed Yusof atau lebih mesra dipanggil sebagai Hana.Saya merupakan anak jati Selangor yang lahir di Hospital Kajang pada 2.12.1995.Dia mempunyai lima adik-beradik dan merupakan anak ketiga dari lima adik-beradik tersebut. Pada tahun 2013,dia berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Terengganu dan memgambil kursus Diploma Perikanan dan bercita-cita untuk melanjutkan pengajiannya sehingga ke peringkat PhD di Jepun ataupun Australia kerana kursus yang diambilnya ini ruang pekerjaannya lebih terbuka luas di dua buah negara tersebut.Dia juga turut memasang impian untuk menghasilkan produk yang berasaskan hidupan laut seperti produk Healin untuk mengubati lebih banyak penyakit yang masih tiada penawarnya seperti .AIDS
Seterusnya,Saya sebagai ahli kumpulan Ninja Turtle Aloha akan memperkenalkan diri saya.Nama di beri Siti Nazirah Binti Abd Rahman.Saya merupakan anak jati negeri Melaka.Saya di lahirkan di Hospital Southern,Melaka pada 1.6.1995(Hari Gawai).Saya merupakan anak pertama daripada tiga adik beradik,tetapi saya merupakan anak tunggal perempuan.Sebelum saya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Terengganu di dalam jurusan Diploma Perikanan,saya bersekolah di SMT Dato'Lela Maharaja,Rembau,Negeri Sembilan(REMBAU MOST WANTED YO)..Saya mempunyai impian dan harapan yang tinggi menggunung seperti Gunung Himalaya iaitu ingin menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi iaitu jika diizinkan oleh Allah s.w.t kerana kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang.Semoga Allah memberi lorong setiap apa yang dirancang.Amin.
Nama diberi Siti Nooratikha Binti Mohd Ali.Bapa saya bernama Mohd Ali Bin Masdir dan ibu saya bernama Anitah Binti Hakim.Saya berasal daripada Tanjong Karang,Selangor.Saya merupakan anak kedua daripada 6 orang adik beradik.Saya pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara,klang sehingga darjah 2.Selepas itu, saya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Burong dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong.Sekarang,saya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Terengganu dan mengambil jurusan Diploma Perikanan.
Assalamualaikum wbt kepada Encik Rabie dan semuaaaaaaa! Akhirnya, sampai pun giliran saya untuk memperkenalkan diri saya kepada you allz. Okay, nama saya Rasyidah yang bermaksud Yang Cerdik. Nama saya tuh diberi oleh bapa saya sendiri iaitu Tuan Abdul Razak bin Abdul Rahman. Nama mak saya pula Puan Asiyah binti Mohamad. Akhir kata, doakan saya dapat keputusan cemerlang dapat setiap sem sebagai hadiah untuk ibu bapa saya, bak kata omputeh "flying colours" gituuuu. Tapi ingat, kita takkan dapat capai kejayaan kalau kita asyik-asyik nak ikut/tiru cara orang lain! Buat la usaha yang berpanjangan tetapi ikut kemampuan diri sendiri. Dan lagi satu, jangan jealous dengan keputusan orang lain, sebab itu hasil atas usaha dia. Kalau kita berusaha setakat 20-30%, jangan la pasang cita menggunung untuk dapat 100%. Sekian, tu je peringatan daripada saya kepada saya dan semua pembaca. InshaAllah saya akan hasilkan artikel-artikel berkaitan dengan motivasi :)
Saya Amiralbasyariah bt Hamzah merupakan anak jati negeri Terengganu.Nama yang sangat istimewa kan?Saya pernah bersekolah di SMKA Tok Jiring sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu.Ibu yang tersayang bernama Afida Bt Adam.Ayah saya bernama Hamzah B. Embong.Saya merupakan anak sulung daripada dua orang adik-beradik.Lantaran itu,saya memainkan peranan yang sangat penting dan menjadi harapan keluarga.Saya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat pHD dalam bidang Food and Technology.Insyaallah..saya berharap agar impian saya akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.Motto hidup saya adalah "don't depend too much on people because even your shadow leave you when you're in the dark".
Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca the Ninja Turtle Aloha semua..peace no war!!.turn saya pulak nak perkenalkan diri. Nama saya Akmal Nadhirah bt Mohd Fauzi dan saya berasal dari negeri Terengganu''sape orang ganu akak tangang..!''hehe.. Saya merupakan anak ketiga daripada 7 orang adik beradik dan saya dilahirkan pada 4 April 1995. Nama ayah saya ialah Mohd Fauzi b. Yusof dan nama ummi saya pula ialah Wan Ramlah Bt Wan Wook@Wan Musa..chewwah ada iras nama retiss gituh,..ramlah ram..(mak saya selalu nyanyi lagu dia). Cita-cita saya nak jadi Veterinar sebenarnya tapi rezeki dapat Diploma Perikanan( rawat ikan pun jadi laa) Alhamdulillah..Akhirulkalam, saya harap kita semua dapat menjadi seorang insan yang berguna dan berbakti kepada kedua ibubapa kita dan yang paling penting sekali jaga hubungan dengan Allah SWT,..Insyaallah segala urusan dan pembelajaran kita dipermudahkan..Amin.
Ninja Turtel Aloha, ku kira sama nama dengan Sekolah Ninja Aloha punya saya, ternyata bukan. coba lah kunjungi blog saya " http://sekolah-ninja.blogspot.co.id/ "
ReplyDelete