Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu
menyuap kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis
sepanjang malam.
Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu
menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan
menumpahkan makanan ke atas lantai.
Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu
membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding
dirumah.
Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu
membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan
mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.
Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu
menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA
TAK MAHU PERGI SEKOLAH".
Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu
menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke
rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima
kasih.
Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu
membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang
bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.
Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu
menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyaK menonton TV. KitA membalas budi
Ibu dengan asyik menonton TV. sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.
Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu
menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan
berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE".
Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu
inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita
membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.
Apabila kita berumur 17 tahun dan
lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak
balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan
kawan-kawan.
Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu
membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat
beg kita dengan kasih sayang - sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu,
dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat
kawan-kawan.
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu
bertanya dengan rasa prihatin- kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas
budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!"
Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu
bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya
tak mahu jadi macam ibu!!"
Apabila kita berumur 23 tahun, kita
mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri Ibu membelikan baju
untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu
kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.
Apabila kita berumur 25 tahun, kita
berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang
pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.
Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu
menElEFon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas
budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"
Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu
menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu,
dengan berkata " saya sibuk!!!!"
Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu
jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu
dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut
tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera
Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu
meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.
Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan
sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu. Siapalah
kita tanpa jasa dan pengorbanannya.
No comments:
Post a Comment