Memberi salamjuga merupakan salah satu sunnah yang dituntut. Bagi mendapatkan rahmat Allah,kita perlu sedar akan sifat hamba iaitu miskin dan hanya mengharap kepada Tuannya (Allah). As-Salam bermaksud Allah Maha Pemberi,minta lah kepadaNya.. =D Memberi salam sebenarnya ialah salah satu cara untuk mendoakan orang lain. Apa yang kita doakan untuk mereka??
- Memohon supaya Allah menghindarkan sahabat-sahabatnya daripada penyakit.
- Memohon supaya sahabat-sahabatnya terhindar daripada orang-orang yang berniat jahat kepadanya.
- Memohon supaya sahabat-sahabatnya terhindar daripada ke maksiatan.
- Memohon supaya sahabat-sahabatnya terhindar daripada api neraka.
Memberi salam juga ada adab-adabnya.
- Hendaklah orang yang berada di atas kenderaan mendahului salam kepada mereka yang berjalan kaki.
- Hendaklah orang yang berjalan kaki mendahului salam kepada mereka yang sedang duduk.
- Hendaklah orang muda mendahului salam kepada mereka yang lebih dewasa.
- Hendaklah orang yang berada dalam kelompok yang sedikit mendahului salam kepada kelompok yang banyak.
No comments:
Post a Comment