Hari ini,saya akan berkongsikan gambar-gambar kenangan saya selama menjadi pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 10/2013.Saya telah ditempatkan di Kem Kepimpinan Gemilang Gopeng,Perak Darul Ridzuan.
Ini gambar kompeni Alpha 3 wirawati.Di sana,kami dibahagikan kepada 4 kompeni iaitu Alpha,Bravo,Charlie dan Delta.
Lirik Lagu Rasmi PLKN - Khidmat Negara
Wira wirawati harapan bangsa
Tiba masa kita berjasa
Kita sahut cabaran bederas seiringan
Demi mencapai wawasan.
Kenali rakan pelbagai budaya
Selami warisan kita yang kaya
Bersama bergandingan tiada perbezaan
Kita Warga Malaysia.
Berkhidmat untuk negara
Berbakti penuh setia
Satu hasrat satu semangat satu tekad bersama.
Kami wira wirawati negara
Kini masa kami berjaya
Kami sahut cabaran berderas seiringan
Kami pasti mencapai wawasan.
Kita sahut cabaran bersama bergandingan
Berkhimat untuk negara
MALAYSIA!!!
Lagu yang akan kami nyanyikan setiap pagi semasa perbarisan pada pukul 6.30 pagi.

Ini pula gambar saya ketika terpilih menjadi pengiring komandan untuk melihat baris para pelatih.
Gambar terakhir bersama rakan-rakan seperjuangan.
Hari terakhir di kem.Akhirnya,tamat juga tugas kami di sini sebagai wira dan wirawati yang akan berkhidmat untuk negara suatu hari nanti,
Saya rasa sampai situ je gambar yang dapat saya kongsikan.PLKN memang sangat bagus dan jika anda terpilih,anda memang sangat-sangat bertuah kerana tidak semua yang akan dapat merasai pengalaman sebegini.
Nukilan UK30256 ^_^
No comments:
Post a Comment