Saya ingin
berkongsi tentang seorang insan istimewa yang saya amat mengaguminya.Namanya
Kifuji Aya.
Remaja
yang sangat ceria dan aktif di sekolah.Pada awalnya,kehidupannya normal namun segalanya
berubah apabila dia mendapati dirinya
mempunyai penyakit spinocerebellar
atrophy.Sedikit info mngenai penyakit ini.
Spinocerebellar ataxia type 1 (SCA1) is a condition
characterized by progressive problems with movement. People with this condition
initially experience problems with coordination and balance (ataxia). Other
signs and symptoms of SCA1 include speech and swallowing difficulties, muscle
stiffness (spasticity), and weakness in the muscles that control eye movement
(ophthalmoplegia). Eye muscle weakness leads to rapid, involuntary eye
movements (nystagmus). Individuals with SCA1 may have difficulty processing,
learning, and remembering information (cognitive impairment).
Kifuji Aya atau lebih dikenali sebagai Aya berumur 15 tahun ketika dia mengetahui
tentang penyakitnya itu.Lebih menyedihkan lagi,tiada rawatan yang boleh menyembuhkan
penyakit ini.Walau bagaimanapun,Aya sangat bertuah kerana mempunyai keluarga
yang sentiasa memberi semangat kepadanya untuk meneruskan hidup.
Setiap hari,Aya
akan menulis apa yang dia rasa dan perubahan yang berlaku ke atas dirinya dalam
sebuah diari.Tahap kesihatannya semakin hari semakin teruk.Namun,hal itu tidak
mematahkan semangatnya untuk terus berjuang melawan penyakitnya.Dia juga ingin
melakukan perkara yang dilakukan oleh manusia normal.Aya juga pergi ke sekolah
yang khusus untuk pelajar kurang upaya.
Pada
awalnya,Aya tidak dapat berdiri dengan stabil.Kemudian,dia tidak dapat berjalan
tetapi Aya masih lagi dapat menulis catatan hidupnya.Penulisan Aya semakin kurang
jelas.Lama kelamaan,seluruh anggota badan Aya tidak dapat
digerakkan.Percakapannya juga berubah.Hanya matanya sahaja yang mampu bergerak.Doktor
yang merawat Aya telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu Aya. Namun
setiap yang hidup pasti akan mati.Aya pergi pada usia 25 tahun.Diari yang telah
ditulis oleh Aya diterbitkan dalam untuk
dijadikan sebagai ‘ role model’ kepada masyarakat.
Sebenarnya,kisah
hidup Aya ini telah dipaparkan dalam bentuk drama yang bertajuk 1 litre of
tears.Lakonan Sawajiri Erika
Saya telah
menonton drama ini beberapa kali.Lakonan Erika sangat menyentuh hati.Drama ini
membuatkan saya sedar bahawa ada manusia yang menerima ujian yang lebih besar
dalam hidupnya.Saya rasa lebih bermotivasi untuk menempuhi ujian yang
mendatang.
-uk30255-
-uk30255-
No comments:
Post a Comment