Syidah ingat lagi waktu Tingkatan 4, maklum lah, lepas PMR 2010. Semua muka-muka dah jadi muka-muka malas belajar. Apa lagi, Cikgu Lui pun bengang lah jugak. Dia pun mulakan ceramah dia dalam kelas, tapi Syidah suka dengar dia bagi nasihat. Memang terserlah sifat keibuan betul! Buat pengetuan anda (FYI), Cikgu Lui nih sangat bagus orangnya. Dia pernah jadi cikgu Bahasa Cina sekolah rendah, dan sekarang, mampu ajar maths dan add maths. Memang nampak la dekat situ yang Cikgu Lui ni sangat bekerja keras. Suami Cikgu Lui pun lebih kurang sama, pandai bidang matematik. Agak-agak mereka pernah berdebat pasal soalan matematik tak? Hehehe. Anak-anak Cikgu Lui? Huhhhh, tak payah cakap la. Syidah kenal dengan mereka, sebab taman perumahan kami dekat. Anak-anak dia pun pandai sangat sangat! Pernah dengar tak, amalan yang diamalkan semasa ibu mengandung tu akan memberi kesan kepada anak yang dikandung. Faham tak? Ye la, Cikgu Lui kan cikgu matematik. Waktu dia mengandung dulu dia ajar matematik pulak, memang pandai-pandai lah anak cikgu tu.
Sambung balik kat ceramah dia tadi, dia ada kata jangan
lalai dengan result PMR tu. Ada jugak yang PMR semua A, SPM tak ada A. Ada
jugak yang PMR tak ada A, SPM semua A.
Jadi, secara ringkas ceramah dia pada haritu ialah “Kejayaan pada masa lalu
tidak dapat menentukan kejayaan pada masa hadapan”. Memang insaf lah jugak
dengar ceramah dia tu. Dia pun banyak sangat bagi nasihat-nasihat, tunjuk ajar.
Fuhhh, memang sayang laa dengan cikgu tu.
Masa Tingkatan 3, Syidah sangat sangat suka subjek
biologi. Hoping to pursue study in pure science class. Tapi apakan daya, waktu
PMR Syidah dapat 4A 4B je. Subjek B tu English, BM, Pendidikan Islam dan
Sejarah, subjek A yang selebihnya. Sedangkan, untuk masuk kelas sains tulen kat
sekolah Syidah ni, one must got at least 5A’s in PMR result. Nak buat surat
rayuan masuk Kelas 4H (Sains Tulen), malas pulak.
Masa Tingkatan 4&5, Syidah pun belajar dalam kelas 4G&5G
(Sains Teknikal). Kelas 4H dan 4G berjiran, jadi adat kutuk mengutuk kelas
memang AMALAN MULIA. 4H dipanggil 4Hantu, 4G dipanggil 4Ghost, hahaha. Kelas
4G&5G, ada subjek teras, Physics, Chemistry, Additional Mathematics dan
Engineering Drawing. Jadi, sepanjang 2 tahun tu, Syidah letak expectation yang
sangat tinggi untuk sambung belajar dalam Marine Engineering atau Aeronautical
Engineering atau Electric and Electronics Engineering. Syidah suka jugak
Software Engineering, tapi waktu SPM tak ambil subjek ICT, jadi tak terfikir
nak pilih kursus tu.
Keluar keputusan SPM 2012, dapat 3A+ 5B+ 1C+. Memang
stres lah lepas dapat result tu. Sebab impian nak jadi engineer macam dah
musnah. Syidah pun masuk Tingkatan 6 sambil tunggu keputusan UPU pulak. Syidah
dapat kelas Aliran Sains Fizikal. Ada subjek Physics, Chemistry, Mathematics
dan etc. Syidah rasa nak taubat daripada ambil aliran sains, cuba pulak aliran
kemanusiaan, pilih kelas ekonomi. Best la jugak kelas tu.
Tup tup, dapat Diploma Perikanan dalam UMT untuk panggilan kedua. Hurmmm. Tak sangka, bila datang sini, dapat belajar subjek biologi, subjek yang Syidah nak belajar waktu form 4 dulu.
Tup tup, dapat Diploma Perikanan dalam UMT untuk panggilan kedua. Hurmmm. Tak sangka, bila datang sini, dapat belajar subjek biologi, subjek yang Syidah nak belajar waktu form 4 dulu.
Sepanjang Sem 1
haritu, ada je orang mempertikaikan. “Macam mana kau nak belajar biology, kau
kan tak ambil subjek bio waktu SPM” dan “Dia tak ambik biologi dulu, macam mana
dia boleh jawab soalan tu?”. Yeah, I was upset and I feel like I want to punch
him/her on that time, seriously. Dan keputusan Sem 1 dah pun keluar, alhamdulillah I didnt fail my
biology subject dan bukan cukup makan, tapi rasa dah terlebih makan ^^ Berbalik kepada ungkapan Cikgu Lui tadi, “Kejayaan pada masa
lalu tidak dapat menentukan kejayaan pada masa hadapan”. Kita bukan tuhan untuk
menentukan biologi siapa yang dapat A, biologi siapa lulus, biologi siapa
gagal. Kita semua manusia, cuma usaha + doa +tawakal + rajin.
Akhir sekali, jangan berbangga sangat dengat keputusan yang kita dapat. Cukup la sekadar bersyukur sebab dapat keputusan yang setanding dengan usaha yang dah dicurahkan. Terima kasih, Cikgu Luiiiiii. I love you XOXO hahaha
Akhir sekali, jangan berbangga sangat dengat keputusan yang kita dapat. Cukup la sekadar bersyukur sebab dapat keputusan yang setanding dengan usaha yang dah dicurahkan. Terima kasih, Cikgu Luiiiiii. I love you XOXO hahaha
Credit goes to http://www.xrixsterweb.com/ for the picture :)
No comments:
Post a Comment