mulakan pagi anda dgn secawan Nescafe....haha. *ok, lawak x jadi
Alhamdulillah....saya masih hidup untuk terus menaip kisah shamsiah fakeh part 2 ini.
Pada usia remajanya, arwah Shamsiah merupakan seorang anak yang baik dan pelajar yang pintar di madrasahnya yang terletak di Sumatera,Indonesia. Dia juga turut belajar di madrasah di Negeri Sembilan ketiika Perang Dunia Kedua hampir meletus. Arwah Shamsiah juga berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh setahun dan menghafal tafsir al-Quran dalam tempoh 2 tahun. Dia menjadi anak murid kegemaran gurunya iaitu Lebai Maadah.
Pada usia seawal 16 tahun dia telah dijodohkan dengan pelajar lelaki di madrasah itu juga oleh Lebai Maadah namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama. Mereka bercerai sebaik sahaja suaminya diterima bekerja sebagai polis dan tanpa sebab yang munasabah, suaminya itu telah menceraikan arwah Shamsiah. arwah Shamsiah berkahwin untuk kali kedua namun perkahwinannya itu juga tidak bertahan lama.
Setelah melalui saat-saat yang mendukacitakan, arwah Shamsiah bangkit semula dan melupakan kenangan pahit yang lalu. Bermulanya perjuangan arwah dalam usaha membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah adalah dengan menghadiri ceramah kemerdekaan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Dari situ, arwah aktif hadir dalam setiap perjumpaan yang diadakan oleh UMNO dan PKMM. *PKMM pada masa itu tidak diharamkan lagi.
Sehinggalah tiba kemuncaknya penglibatan arwah dalam perjuangan ini apabila arwah pertama kalinya berucap mewakili PKMM di Istana Besar Johor Bahru ketika Kongres Melayu kali ketiga diadakan. Itu merupakan permulaan dan langkah pertama arwah dalam bidang politik ini.
Sepanjang arwah shamsiah bergiat aktif dalam bidang politik, dia juga pernah berkahwin dengan Ahmad Boestamam dan menjadi isteri kedua Ahmad Boestamam yang merupakan ahli jawatankuasa tinggi di dalam PKMM. Perkahwinan tersebut juga tidak tahan lama kemudian arwah Shamsiah berkahwin pula dengan Wahi Anuwar.hmm...banyak pula bercerita psl perkahwinan arwah nie.
Ahmad Boestamam dan Wahi Anuwar juga merupakan ahli PKMM dan berjuang untuk menuntut kemerdekaan sama seperti arwah Shamsiah. Dipendekkan cerita, mengapa Shamsiah Fakeh digelar pejuang dan komunis pada masa yang sama adalah kerana PKMM telah diharamkan semasa Undang-Undang Darurat dan PKMM telah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang British. Kerana itulah berlaku salah faham dan menyebabkan orang ramai menyangka Shamsiah Fakeh merupakan komunis.sekian
nak tahu lebih lanjut belilah novelnya :)
![]() |
novel ini lebih detail kerana arwah Shamsiah yang menulisnya sendiri. tetapi novel ini saya tak beli pun sebab tebal sangat...hehe |
No comments:
Post a Comment