Kaulah yang selalu…
Selalu menemaniku…
Mendengar kisah pahit manis hidupku….
Lagu yang dipopularkan oleh Najwa Latif,Syamkamarul dan
Sleeq tentang sahabat.
Saya yakin,anda pasti mempunyai sahabat kan?Sahabat
merupakan insan yang bermakna dan memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Jika kita bersahabat
dengan si penjual minyak wangi,kita juga akan berbau wangi namun jika kita
bersahabat dengan si tukang besi,kita akan terkena percikan besi.Tidak salah
jika kita berkawan dengan semua orang.Namun,buatlah pilihan yang bijak dalam
mencari sahabat.Sahabat yang sejati takkan tinggalkan kita kalau kita dalam
kesusahan.Sebaliknya,dia akan sentiasa support kita
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah
bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada
menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya
daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan
daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban)
saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” [Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Sesungguhnya manusia
sering lupa dan justeru itu mempunyai rakan yang baik serta sering mengingatkan
kita kepada kebaikan dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran adalah
merupaakan satu bonus untuk kita agar dapat menjadi insan yang
benar-benar bertakwa.
Ingatlah tidak kira sekuntum bunga itu harum atau tidak,
Tempatnya tetap di tanah…
Begitu juga bulan tidak kira apa bentuknya,
Tempatnya tetap di langit…
Dan begitu juga persahabatan tidak kira dekat atau
jauh,jumpa atau tak,
Tempatnya di dalam hati…
Sesungguhnya nilai persahabatan itu lebih bermakna dari
segalanya.
No comments:
Post a Comment