Pages

Wednesday, 4 December 2013

Cerita Pendek

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua :)
sudi-sudilah membaca cerpen pertama saya ni...hehe.

   "Lisa...bangun nak.Pergi basuh muka cepat."gerak Ibu. Mataku terbuka sedikit. Aku menggosok-gosok mataku. Aku menjadi terpinga-pinga. Mengapa Ibu menggerak aku pada pagi-pagi buta begini? jam menunjukkan jarum panjang pada angka dua. "Baru pukul dua pagi. Kenapa ibu menggerak aku? Ibu tidak reti melihat jamkah?"Bisik hati kecilku. "Cepat bersiap Lisa, ayah dah tunggu dalam kereta tu."Ibu menggesa. Aku melihat abang dan kakak sedang lena diulit mimpi. "Mengapa aku sahaja yang Ibu gerak? Ibu mahu meninggalkan abang dan kakak ke? Ibu sayang aku seorang sahajakah?" Teka aku.

   Aku buat seperti apa yang disuruh Ibu sebentar tadi. Aku segera menukar pakaianku. Tiba-tiba sahaja, dada aku terasa sakit. Aku sesak nafas. Sakitnya ya Allah....Nafasku menjadi tercungap-cungap. Aku ingin bertanya pada Ibu segala persoalan yang bermain di mindaku tadi tetapi aku tidak larat untuk bercakap. Ayah segera mendukung aku dan memasukkan aku ke dalam kereta. Ibu duduk di sebelahku. Membelai lembut rambutku. Aku cuba untuk bercakap tetapi Ibu melarang. Aku terus tertanya-tanya. Aku menjadi buntu.

   Kereta yang dipandu Ayah mennyusur laju di lebuh raya. Tidak pernah aku melihat ayah membawa kereta selaju ini. Ayah yang aku kenal dulu tidak begini. Ayah seorang pemandu yang berhemah. Kenapa Ayah tiba-tiba sahaja berubah? Aku teringat keadaan kakak dan abang aku di rumah. Mereka keseorangan. Bahaya boleh datang bila-bila masa sahaja. Pencuri boleh menceroboh masuk ke rumah dan menculik mereka. Kebakaran juga boleh berlaku secara tiba-tiba sekiranya terdapat percikan api dari wayar telefon. Andaian buruk menerpa fikiranku. Aku memejamkan mataku kuat-kuat. "Aku tak nak fikir yang bukan-bukan. Ibu dan Ayah orang yang baik!" Pujuk hatiku lagi.

*********************************************************************************
   Aku membuka mataku. Aku kehairanan. Bagaimana aku boleh berada di sini. Aku tidak biasa dengan tempat ini. Tempat apakah ini? ramai yang berpakaian serba hijau. Coraknya pula sama. Mengapa mereka berpakaian sama? Mataku meliar mencari-cari ibuku. Tiba-tiba sahaja air mataku mengalir deras seperti empangan pecah. Aku menangis kerana aku gagal mencari ibuku. Aku fikir,ibu sudah tidak sayang aku lagi kerana itu dia meninggalkan aku di sini. Tiba-tiba, datang seorang wanita berusia lingkungan 30-an mendekati aku. Dia kelihatan seperti orang yang baik. Dia  melemparkan senyuman kepadaku. Aku segera mengesat air mataku. "Adik sihat?" tanya wanita tersebut. Aku sekadar menganggukkan kepala tanda mengiyakan. "Nama adik Farah Lisa kan? Soal wanita itu lagi. Aku mengangguk lagi. "Ibu Lisa pergi surau. Dia nak solat. Tadi dia bagi tahu kat mak cik. Lisa boleh panggil mak cik Doktor Hani." wanita tersebut memperkenalkan dirinya. "Lisa tahu tak yang Lisa sakit asthma. Lisa kena duduk kat hospital 2-3 hari lagi. Doktor akan pantau Lisa sehingga Lisa dah pulih sepenuhnya. Lisa beruntung sebab ibu bapa Lisa hantar Lisa ke hospital cepat. Masuk kali ni dah tiga kali Lisa kena serang asthma. Lisa kenalah jaga kesihatan Lisa sebab bila Lisa sakit, Ibu bapa Lisa risau." Ujar Doktor Hani panjang lebar. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Bukan aku yang nak sakit ni! Doktor ni tak faham." Getus hati kecilku.
inhaler utk pesakit asthma

*********************************************************************************
   Aku tersenyum sendirian apabila mengenangkan peristiwa tersebut. Pada masa tu, aku berusia 4-5 tahun. Sampai sekarang aku masih lagi menghidap penyakit tersebut tetapi tidak seteruk semasa aku kecil-kecil dulu. Semasa aku kecil, kerap kali aku diserang asthma sehingga aku terpaksa ditahan di wad selama berhari-hari. Kerap kali juga aku tidak pergi ke sekolah. Kadang-kadang tu sampai seminggu lamanya aku tidak ke sekolah. Ayah pula terpaksa mengambil cuti untuk menghantar ibu ke hospital untuk menemani aku. Kadang-kadang aku menangis kerana mengenangkan pengorbanan mereka dalam menjaga aku sepanjang aku sakit. Aku merasakan diriku ini bukan siapa-siapa untuk mereka jaga dan merawat aku. Aku tidak mampu memberi mereka harta yang banyak kerana aku bukanlah orang kaya. Aku tidak mampu membuatkan mereka bangga kerana aku bukanlah pelajar pintar. Aku tidak berguna....ya,aku memang tidak berguna kerana tidak ada satu pun dalam diri aku yang mampu memberi mereka keuntungan dan kesenangan. Aku bukan sesiapa. Namun, jauh di sudut hati aku...aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku nyawa untuk aku terus hidup di muka bumi ini. Aku berazam untuk menjadi anak yang solehah. Moga Allah meredhai niat aku ini :)


Nukilan UK30258

No comments:

Post a Comment