Pages

Monday, 23 December 2013

Kisah Shamsiah Fakeh

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua :)
seronok bercuti?hehe
saya suka sangat cuti...haha. *tetiba pula -,-

   Nama penuh beliau ialah Shamsiah Fakeh Sultan. Sebenarnya,saya tak tahu nak tulis 'beliau' ataupun 'dia' kerana ada sedikit isu dalam menggelarnya jadi saya akan menamakannya sebagai arwah Shamsiah. Apa yang menarik sangat pasal dia??? kenapa saya pilih untuk bercerita mengenainya???

    Izinkan saya bercerita dari mula bagaimana saya mengenali arwah Shamsiah. Pada masa tu, saya berusia 16 tahun dan berada di tingkatan 4. Saya sangat suka membaca novel sehinggakan ibu bapa saya mulai risau kerana bimbang saya tidak menelaah buku pelajaran sedangkan SPM semakin hampir. Sepatutnya persediaan SPM dibuat dari tingkatan 4 lagi. Makna kata,tiada istilah 'honeymoon' ketika di tingkatan 4. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mendengar nasihat ibu bapa saya. Saya cuba untuk menghentikan seketika tabiat membaca novel walaupun sukar kerana telah sebati dengan diri saya.

    Pada suatu hari, keluarga saya pergi ke Midvalley untuk berjalan-jalan. Kemudian, kami singgah di kedai buku MPH atas permintaan kakak saya yang mahu membeli buku rujukan untuk subjek Akaunnya di universiti. Semasa menemani kakak saya membelek-belek buku rujukannya...saya terpandang sudut novel. Hati saya bergelodak mahu ke sana. Sudah lama rasanya saya tidak melihat novel terbaru di pasaran. Saya pun pergi ke arah rak-rak buku yang penuh dengan novel-novel terbaru di pasaran, Rambang mata saya dibuatnya!

   Saya tertarik untuk melihat novel yang berjudul 'Shamsiah Fakeh,Pejuang,Pemimpin dan Perempuan' lalu segera tangan saya mengambilnya dari rak buku. Membaca judulnya saja sudah membuatkan saya kehairanan kerana saya tidak pernah sekali pun mendengar namanya disebut di televisyen mahupun oleh guru-guru sekolah saya. Lantas saya berfikir, bagaimana pula dia boleh digelar sebagai pejuang dan pemimpin? Siapakah dia sebenarnya?

buku yg saya beli dan baca


   Kemudian, saya pun membaca sinopsis yang terdapat di belakang buku tersebut. Saya dapati Shamsiah Fakeh merupakan seorang komunis. Saya bertambah hairan. Bagaimana seorang Komunis boleh digelar sebagai pejuang? Saya berasa amat marah. Bagaimana buku sebegini boleh diterbitkan?? Saya cuba mententeramkan hati saya. Saya menyambung semula bacaan saya sehingga habis.

    Ohh...baru saya tahu! arwah Shamsiah benar-benar seorang pejuang. Kerana apa? Nantikan sebentar lagi...hehe. Sambung semula cerita di MPH, saya pun membuat keputusan untuk membeli buku tersebut dan meminta ayah saya membayarnya. Wajah ayah saya sangat terkejut tatkala saya menghulurkan buku tersebut kepadanya. Ayah saya berkata "Shamsiah Fakeh ni komunis! Beli buku lain!", Ayah saya membantah sekeras-kerasnya permintaan saya untuk membeli buku ini. Puas saya pujuk dan akhirnya ayah saya benarkan juga dengan syarat saya membaca buku ini selepas SPM.

   Tetapi, saya tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh ayah saya. Saya membacanya semasa cuti akhir tahun selepas saya selesai menjawab peperiksaan akhir tahun tingkatan 4.
Bersambung....nantikan Shamsiah Fakeh part 2 ;)

No comments:

Post a Comment