kawan sahabat atau teman? yang mana ?
Pernah tak korang terfikir tentang istilah kawan,sahabat dan teman ? hmm, mesti ramai yang tak ambil kisah tentang maksudnye kan? cuba korang tanya kat sesape pun, mesti jawapannya "sama je, ejaan je yang lain","lebih kurang", ect.. kan? korang pun mcm tu jugak kan? mesti fikir mcmtu jugak. Apakah sebenarnya erti persahabatan tu? Apakah persahabatan tu cukup dengan hanya mengeali dan menjadi seseorang itu sebagai tempat untuk ketawa, berkongsi masalah dan bergurau senda? Apa pula perbezaan antara teman , kawan, dan sahabat ? Pada pendapat Zamie lah, peranan atau istilah kawan ni biasa dan longgar jika dibandingkan dengan sahabat dan teman ni, pernah guna istilah "kawan makan kawan" tak? mesti tau kan isi tersurat disebalik istilah tu? mesti pernah kena kan? tipu kalau takde kawan yang kawan makan kawan a.k.a tikam dari belakang. Dua benda ni lebih kurang je, sape pernah kena?. Haha, nasib lhaa. besar maksudnya, kenapa tak guna istilah teman makan teman atau sahabat makan sahabat, kerana erti teman dan sahabat tu besar maknanya. Pernah korang terfikir kenapa banyak guna perkataan teman daripada sahabat, maybe sahabat tu lagi cun kot bunyinya, hahaa. Like, teman belajar, teman bermain, teman tapi mesra, teman ketawa, and banyak lagi kalau nk cerita pasal teman ni haa. Malah teman ni jugak digunakan utk pasangan hidup yakni, teman hidup, dan ada jugak yang guna istilah teman sehidup semati. Oleh itu, kita tak guna istilah sahabat dalam perhubungan suami dan isteri ni. Sahabat ni lebih menjurus terhadap hubungan yang sama jenis, yakni halal dalam islam, hihi, maksud zamie persahabatan antara lelaki dengan lelaki, manakala perempuan dengan perempuan, hanya sahabat, tak lebih ! tapi, sebenarnya sahabat lah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu membawa peranan teman dan kawan . Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa. Macam istilah yang sering digunakan, sahabat sejati tetap dihati hingga mati,haha, okay tu tambah je, hahaa!! Pernahkah korang tertanya apakah status perhubungan anda bersama orang yang anda anggapkan sebagai kawan, teman dan sahabat tu,? ataupun korang yang jenis tak endahkan perkara tu semua kan. tak ambil kisah pun tentang tu semua, janji ad tempat nk bergelak ketawa, renung renungkan lah, dah besar semua, so fikir sendiri ya :)
No comments:
Post a Comment