Pages

Monday, 27 January 2014

Sabar itu Indah


Hari ini hari yang penting buat Humaira.Dia telah menjadi tunangan orang.Dia tidak menyangka akan bertunang dengan Ashraf yang merupakan teman bermain pada zaman kanak-kanaknya.Pertunangan mereka diaturkan oleh keluarga untuk mengukuhkan lagi silaturahim antara keluarga Ashraf dan Humaira.Kedua-dua keluarga ini sangat rapat kerana mereka pernah tinggal berjiran.Namun,Humaira sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat  baru atas faktor pekerjaan Ayah Humaira.Ketika itu dia berusia 10 tahun manakala Ashraf 2 tahun lebih tua daripada Humaira.

               Walaupun telah bertunang,Ashraf dan Humaira tidak pernah keluar berdating.Beberapa kali Ashraf mengajaknya keluar namun Humaira menolak.Bagi Humaira,selagi tiada ikatan yang sah,dia tidak akan sesekali keluar berdua dengan Ashraf.Humaira seorang gadis yang memiliki latar belakang berpendidikan agama.Memiliki raut wajah yang sederhana.Mungkin tidak menarik bagi seseorang yang mementingkan rupa paras seperti Asyraf.

             Suatu hari ketika Humaira bersiar-siar dengan rakan-rakannya di taman rekreasi,dia ternampak seseorang yang cukup dikenalinya.Ashraf...sedang berpegangan tangan dengan seorang wanita yang tidak dikenalinya.Dengan wajah yang tenang,Humaira mendekati pasangan itu.Tiba-tiba Asyraf terkejut.

             “Eh,Humaira.Apa awak buat kat sini?”Ashraf menyapa Humaira sambil melepaskan genggaman tangan wanita itu.

            “Saya jalan-jalan dengan kawan-kawan saya.Siapa kat sebelah awak tu?”Humaira cuba mengawal emosi.

           “Ini…emm…girlfriend saya,”balas Ashraf dengan selamba tanpa memikirkan perasaan Humaira yang terluka.

          “Apa?Kenapa awak tak berterus-terang yang awak dah ada girlfriend?,”Humaira menyoal Ashraf dengan nada yang agak tinggi membuatkan kawan-kawannya terkejut.

          “Awak ni dah kenapa?Tiba-tiba naik angin.Malulah sikit.Kat sini kan ramai orang,”.

           “Oh…malu.Awak jalan sambil berpegangan tangan dengan perempuan bukan mahram tak malu pulak,”.

            “Eh,awak ingat saya nak ke bertunang dengan awak.Cerminlah diri awak tu sikit.Awak tak layak untuk saya ”.Perempuan yang berdiri di sebelah Ashraf tersenyum sinis.

Humaira berasa dunia ini gelap seketika.Dia tidak menyangka Ashraf yang dikenalinya dulu telah berubah.Air matanya yang berlinangan cuba ditahan.Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Ashraf.       

             “Dahlah  Ashraf.Saya kecewa dengan awak,”.Humaira terus pergi dari situ.

Saat itu,hati Humaira hancur.Humaira sangat kecewa kerana Ashraf tidak jujur dalam perhubungan.Dalam diam,Humaira telah lama menyukai Ashraf.Namun,dia malu untuk meluahkan perasaannya itu.

Setelah fikir semasak-masaknya,Humaira bertekad untuk memutuskan pertunangannya dengan Ashraf.Dia reda jika Ashraf bukan jodohnya.Dia tidak mahu menjadi penghalang antara Ashraf dan perempuan itu.Apalah ertinya sebuah perkahwinan jika hati ada pada orang lain.

            Humaira menyuarakan hasratnya itu kepada ibubapanya dengan alasan dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.Pada awalnya,ibubapa Humaira menolak permintaan Humaira.Namun,setelah dipujuk beberapa kali,mereka terpaksa akur dengan keputusan Humaira.Sejak itu,perhubungan antara keluarga Ashraf dan keluarga Humaira semakin renggang.Humaira tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun perihal kelakuan Ashraf terhadapnya.Dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut.Hidup perlu diteruskan.Humaira meneruskan pengajiannya dalam bidang psikologi di Universiti Islam Antarabangsa.

Seperti biasa,ayah Humaira iaitu Encik Hamid pergi ke masjid yang berdekatan dengan rumahnya.Sewaktu mendirikan solat Isyak berjemaah,Encik Hamid tertarik dengan suara imam muda yang sangat syahdu.Dia tidak pernah melihat imam itu sebelum ini.Selepas solat,dia menemui imam tersebut lalu imam itu memperkenalkan diri.

               “Saya Yusof.Saya baru je balik dari Jordan seminggu yang lalu.Ini pertama kali saya

                 diamanahkan untuk mengimamkan solat di masjid ini,”

               “Oh,patutlah pak cik tak pernah nampak anak ni,”.

Tutur kata yang sopan dan berbudi bahasa membuatkan Encik Hamid menyukainya.Tanpa segan silu,Encik Hamid menanyakan satu soalan kepada Yusof.

                  “Anak ni dah kahwin ke?.    

                   “Eh,belum’.Encik Hamid tersenyum.Dalam hatinya,dia mengucapkan syukur kerana masih berpeluang untuk menjodohkan Yusof dengan Humaira.

Semakin hari,hubungan Yusof dan Encik Hamid sekeluarga semakin rapat.Yusof pernah berjumpa Humaira beberapa kali tetapi masing-masing malu untuk bertegur sapa.Suatu hari,Encik Hamid menyuarakan hasratnya untuk menyatukan Yusof dan Humaira.Yusof bersetuju untuk mengahwini Humaira.Mereka tidak bertunang malah terus mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana.Berkali-kali Humaira melafazkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan seorang suami yang soleh.Yang mampu memimpin dan membimbingnya ke syurga Allah.Sabar itu indah.Allah telah mengabulkan doa Humaira selama ini.Sesungguhnya,perancangan Allah itu hebat.Dia Maha Mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.Alhamdulillah…

  Amiralbasyariah Bt Hamzah(UK30255)

 

 

 

 

           

No comments:

Post a Comment