Pages

Wednesday, 26 February 2014

~PESAN IBU TENTANG AYAH~





Anakku… 

Memang ayah tak mengandungmu..

Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.

Saturday, 22 February 2014

yehaaa....Paintball~!!

Assalammualaikum semua :)
mulakan pagi anda dgn senyuman..hehe.
Hari ni saya nak bercerita pasal pertandingan paintball yg saya dan dan rakan2 saya sertai semalam. Pertandingan paintball ini diadakan bersempena minggu karnival tweet@mks yang dianjurkan oleh pihak Majlis Kolej Siswa atau lebih dikenali sbg MKS.Saya terlupa untuk ambil gambar kumpulan saya smlm so gambar2 kat bawah ni diambil dari google...huhu.

ok...ini namanya paintball marker.sbb ape marker?? sbb bila kita tembak seseorang..dia akan meninggalkan kesan/tanda kpd org tu.

dah mcm cover depan game pc pula....hehe

mask ni kita pakai untuk keselamatan pd bahagian mata dan telinga krn kelajuan peluru paintball boleh mencecah 100 per meter.


kalau x pakai vest pun boleh tp bg lelaki jelah...huhu.sakit kot kene peluru paintball ni -,-
saya nak cerita sedikit pengalaman main paintball buat pertama kali nie...hehe.mula2 rasa nervous tp lepas dah main, rasa seronok sangat dan nak main lagi kalau ada peluang.Perasaannya rasa macam main game 'Counter Strike' dan game lain2 yg sama dengannya.macam game 'Portal' ke...'GTA','Black Ops'. so kesimpulannya di sini, kepada gamer2 di luar sana, jangan asyik terperuk kat dalam bilik dengan bermain game.Cubalah game paintball yg best gila nie~!! sekali-sekala apa salahnya beriadah kt luar :D
p/s: penulis adalah seorang perempuan.ini semua poyo...haha

Thursday, 20 February 2014

Sebarkan Salam





 Memberi salamjuga merupakan salah satu sunnah yang dituntut. Bagi mendapatkan rahmat Allah,kita perlu sedar akan sifat hamba iaitu miskin dan hanya mengharap kepada Tuannya (Allah). As-Salam bermaksud Allah Maha Pemberi,minta lah kepadaNya.. =D Memberi salam sebenarnya ialah salah satu cara untuk mendoakan orang lain. Apa yang kita doakan untuk mereka??
  • Memohon supaya Allah menghindarkan sahabat-sahabatnya daripada penyakit.
  • Memohon supaya sahabat-sahabatnya terhindar daripada orang-orang yang berniat jahat kepadanya.
  • Memohon supaya sahabat-sahabatnya terhindar daripada ke maksiatan.
  • Memohon supaya sahabat-sahabatnya terhindar daripada api neraka.


Memberi salam juga ada adab-adabnya.

  • Hendaklah orang yang berada di atas kenderaan mendahului salam kepada mereka yang berjalan kaki.
  • Hendaklah orang yang berjalan kaki mendahului salam kepada mereka yang sedang duduk.
  • Hendaklah orang muda mendahului salam kepada mereka yang lebih dewasa.
  • Hendaklah orang yang berada dalam kelompok yang sedikit mendahului salam kepada kelompok yang banyak.

Jika saya Jatuh Cinta


Jika Saya Jatuh Cinta…

 

Cinta.

Sebuah kata singkat yang memiliki makna yang luas. Walaupun belum teridentifikasikan secara pasti, namun kewujudan cinta diakui oleh semua orang. Al-Ghazali menyatakan cinta itu ibarat sebatang kayu yang baik. Akarnya tetap di bumi, cabangnya di langit dan buahnya lahir di batin, lidah dan anggota-anggota badan. Ditujukan kepada pengaruh-pengaruh yang muncul daripada cinta itu dalam hati dan anggota badan, seperti ditunjukkan asap dan api dan ditunjukkan buah dan pohon.

 

Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang tidak akan bertepuk sebelah tangan. Namun Allah tidak egois mendominasikan cinta hamba-Nya. Dia memberikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, orang tua, kaum muslimin. Tapi cinta itu tentunya tidak melebihi cinta kepada Allah kerana firman-Nya, “Katakanlah! Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta-benda yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatiri akan rugi dan rumah tangga yang kamu senangi (manakala itu semua) lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.”

 

Prestasi kepahlawanan para pejuang tidak terlepas daripada pengaruh cinta seorang pemuda kepada pemudi. Umar bin Abdul Aziz berhasil memenangkan pertarungan sucinya kepada Allah daripada cintanya bertuankan seorang gadis. Tidak ada yang salah pada cinta. Berusahalah menempatkannya pada tempat, waktu dan sisi yang tepat.

 

Ya Allah, jika saya jatuh cinta, cintakanlah saya pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

 

Ya Muhaimin, jika saya jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

 

Ya Allah, jika saya jatuh hati, izinkanlah saya menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh saya dalam jurang cinta semu.

 

Ya Rabbana, jika saya jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hati-Mu.

 

Ya Allah, jika saya jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan saya bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

 

Ya Rabbul Izzati, jika saya rindu, rindukanlah saya pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

 

Ya Allah, jika saya rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai saya merindui syurga-Mu.

 

Ya Allah, jika saya menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

 

Ya Allah, jika kau halalkan saya merindui kekasih-Mu, jangan biarkan saya melampaui batas sehingga saya terlupa akan cinta hakiki dan rindu abadi hanya pada-Mu.

 

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa dalam taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

 

Kukuhkanlah, Ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah ikatannya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

 

Wahai ikhwah dan akhwat yang bersedia menjadi pembela kepada din yang haq ini, satukanlah hati-hati kita dalam cinta kepada Allah. Saya seru kepada kalian, ikhlaskanlah niat dan amal kerana Allah. InsyaAllah masa depan dakwah itu ditangan kita.

 

Mungkin Kerana Kita Lupa


Mungkin kerana kita lupa..

satu hari nanti kita akan ke sana..

kita akan meninggalkan alam dunia..

kerana asalnya kita tiada..

maka kesudahannya kita tiada juga..

lalu,dengan sebab lupa itu..

kita selalu leka dan alpa..

dengan segala perintah-NYA..

bersikap 'tak apa' apabila melanggar amaran-NYA..

tak mengapa, bukankah tuhan itu maha pengampun segala dosa?..

ya,tapi lupakah kita DIA juga maha pembalas segala dosa?..

oleh itu buat semua pelupa..

ingatlah siapa kita..

renunglah siapa DIA..

kenanglah dari mana asal kita..

ke mana pula kesudahan kita..

apa pula bakti kita..

kerana jangan menyangka, hari ini kita ketawa..

esok kita tak akan berduka..

ingat, jangan kerana hari ini kita lupa..

maka esok, kita dilupakan-NYA..

doaku semoga kita tidak dilupa..

kerana kutahu apa nasib si pelupa..

 

Wednesday, 19 February 2014

Aku Nikahkah Dikau...

Tengok..??!kalu bab status nikah kahwin cepat jer korang 'scroll' bawah nk baca kan..(hehehe)
tapi takpe..takde kaitan pun dengan tajuk sebenarnya..kesian kat korang kann,..tapi korang tahu tak???

Jika MENIKAH paling penting sekali...

Pilihlah seseorang yang baik dalam AGAMAnya..
Kerana seseorang yang baik agamanya dia akan memuliakanmu dan tidak akan menyakitimu..

Sebab keindahan fizikal, harta dan tahta bukanlah jaminan sebuah kebahagiaan dalam berumah tangga..

Tetapi orang yang baik agamanya akan memberikan kedamaian jiwa, dunia dan akhirat..

Semoga Kita Semua Mendapatkan Pendamping Yang Soleh / Solehah..

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..




nanti dulu..p/s: kalu untuk kita yang masih study ni elok lah tumpu kat study dulu yer,,tunaikan tanggungjawab kat ibubapa dulu penting..takyah sibuk-sibuk nak cintan cintun ni..okey..bila sampai masa nanti InsyaAllah..penuhilah separuh daripada agamamu.. 'peace ^^'

Duhai Sahabat

Assalamualaikum warahmatullah..

Taknak citer panjang cuma nak share sikit jer pasal sahabat, sebut pasal sahabat kan ape korang tahu agak2?? mesti korang fikir sahabat ni yang ada masa kita susah dan senang kan..masa suka suka(huhahuha) malah masa sedih pun(sosek sosek sesame)..haaa,,..betul tu betul..tapi korang sedar tak? sahabat laa orang yang paling dekat dengan kita,yang paling banyak sekali kita kongsi apa apa pun masalah walaupun kes putus cinta ke ape.(hahaha)..tapi bagi saya sahabat tu la yang banyak pengaruh kita samaada ke arah kebaikan atau sebaliknya,..kalau iman kita kuat insyaAllah.emm tu jela kot..yang penting hargailah sahabat yang ada dengan kita sekarang.jangan pernah sisihkan dia..walau dia tak istimewa sekalipun..jangan sesekali membelakangi dia..kerana mungkin suatu hari..dialah yang banyak sekali tolong kita tanpa sedar..Ya! kita harus memilih..pilihlah sahabat yang dapat membawamu ke syurga juga..
p/s: kalau kita kawan dengan dengan orang yang jual minyak wangi,, InsyaAllah kita akan berbau wangi dan kalau kita berkawan dengan si tukang besi percikan besi tu mesti terkena jugak dekat kita walaupun sikit..


Friday, 7 February 2014

Selagi Dia Masih Hidup...


Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.


Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.


Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah.


Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.


Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH".


Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.


Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.


Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyaK menonton TV. KitA membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV. sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.


Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE".


Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.


Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.


Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang - sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.


Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!"


Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"


Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.



Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.


Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menElEFon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"


Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata " saya sibuk!!!!"


Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera


Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.


 Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.




Tuesday, 4 February 2014

Banjir Oh Banjir

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana masih diberi kesempatan untuk hidup dan menikmati nikmat kurniaannya..bersyukurlah jika masih dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,kesihatan yang baik,tempat tinggal yang yang selesa.tapi kat sini saya nak berkongsi sikit la pasal pengalaman saya baru-baru ni masa saudara-saudara kita kat luar sana yang ditimpa bencana misalnya banjir.

saya tak nak citer panjang cuma nak ringkaskan aje ape pengalaman yang paling berharga yang saya lalui semasa kat sane selama setengah hari.hari tu kelab penyayang bawah umt ada anjurkan misi bantuan banjir ke kuantan pahang.

   sepanjang saya berada kat sane, terkejut saya tengok banyak perabot-perabot,pakaian yang rosak akibat banjir bergelimpangan di tepi-tepi jalan. kadang-kadang terfikir jugak macam mane perasaan dorang,ape yang dorang buat,macam mane dorang boleh hadapi sume ni.tapi saya kagum,tersangat kagum sepanjang saya jumpe mereka tiada satu pun keluhan yang keluar dari mulut mereka sebaliknya senyuman dan gurau senda yang menceriakan kami.subhanallah, hanya Allah yang tahu rahsia di sebalik senyuman mereka..mungkin mereka sudah belajar untuk tabah dan terima ia sebagai suatu ujian daripada Allah swt semata.

                                                        sesi pembahagian makanan


alhamdulillah.semuanya berjalan lancar.pembagian bantuan berupa toto,roti,pakaian terpakai,tuala dan makanan tengahari diterima baik oleh penduduk kat situ.macam macam ragam orang masa bagi-bagi makanan,siap berebut lagi.masa ni diorang dilarang memasak sebab bimbang air kotor dan tercemar.apa-apa pun saya berharap mereka tetap tabah dan harap kawan sume disamping kita bersenang lenang disini jangan dilupakan mereka yang kekurangan tak kira lah semasa ditimpa musibah atau pun tak.ok sekian dulu..wassalamualaikum. ^^

Wednesday, 29 January 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

      Hari ini perkongsian yang ingin dikongsikan bersama- sama pembaca blog sekalian adalah tentang penjelajahan kt  Terengganu..Ye lah bukan apa merantau di negeri orang nie sebenarnya kene tau serba serbi tentang budaya, bahasa, dialek yang diorng gunakan..bukan ap...nty senang...nak ckp dengan diorng senang....hahahhaha...tpy sekarang nie nazirah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan kawan2 kt Umt....
     Bukan tentang dialek yang Nazirah nk kongsikan tu sekadar mukaddimah jer...topik yang Nazirah ingin kongsikan adalah tentang makanan istimewa selama Nazirah ada kat Setiu, Terengganu nie...( baru 7 bulan).. Apa yang kawan Nazirah bagitau kt Terengganu nie makanan yang terkenal adalah makanan laut seperti sotong celup tepung, ikan celup tepung dan seangkatan dengan makanan laut dan bercelop dengan tepung...hehehhe
   Terbuktinya memang sedap..sebab ap...beberapa minggu yang lepas, Nazirah balik rumah kawan Nazirah dekat Setiu...Alahamdulillah layanan yang diberikan pon ok sangt2..bukan sebab ap..Nazirah x ad saudara - mara dekat Terengganu nie..jadi dekat kawan Nazirah lah Nazirah menumpang kasih...(hahahah....)
   Pagi- pagi Nazirah dibawa jalan-jalan pergi dekat Pantai depan rumah dye..waaa...gile teruja..tambahan pula kepala tengah serabut so, dapat la hilangkan kekusutan yang melanda diri..apa yang kawan Nazirah cakap ikan,sotong, udang murah- murah belaka kt sini.. Untung orang Terengganu kan...kalau kt tempat Nazirah, mahal la sikit....
        Petang tu, Nazirah pergi sendiri kedai yang terkenal dengan makanan laut + celop tepung.,...gila ramai orang nk makan kt situ...tpy disebabkan ad kawan dekat situ cepat sikit nak dpt makanan..dengan perasaan menggila Nazirah amik ikan masak tepung, sotong masak tepung, udang masak tepung tak dilupakan jugak keropok lekor idaman kalbu padahal makan dua orang jer...serius x tipu memang sedap, waktu tu Nazirah dengan kawan Nazirah dah x ingat ap2 dah...yang penting makan...apa yang kawan Nazirah bgtau tau kedai yang Nazirah makan tu pernah masuk dalam rancangan Jalan- Jalan cari makan dekat tv 3 tu.
   Nazirah rasa sampai ni jelah kot jelajah kt Terengganu selama 7 bulan kt tempat orang...hopefully, lpas nie nk g Besut plak,,.....hahahha
   Di harapkan korang dapat tau serba - serbi tentang Terengganu walaupon x seberapa nie...maaf atas segala kekurangan....bye....

Tuesday, 28 January 2014

kawan sahabat atau teman? yang mana ?

Pernah tak korang terfikir tentang istilah kawan,sahabat dan teman ? hmm, mesti ramai yang tak ambil kisah tentang maksudnye kan? cuba korang tanya kat sesape pun, mesti jawapannya "sama je, ejaan je yang lain","lebih kurang", ect.. kan? korang pun mcm tu jugak kan? mesti fikir mcmtu jugak. Apakah sebenarnya erti persahabatan tu?  Apakah persahabatan tu cukup dengan hanya mengeali dan menjadi seseorang itu sebagai tempat untuk ketawa, berkongsi masalah dan bergurau senda?  Apa pula perbezaan antara teman , kawan, dan sahabat ? Pada pendapat Zamie lah, peranan atau istilah kawan ni biasa dan longgar jika dibandingkan dengan sahabat dan teman ni, pernah guna istilah "kawan makan kawan" tak? mesti tau kan isi tersurat disebalik istilah tu? mesti pernah kena kan? tipu kalau takde kawan yang kawan makan kawan a.k.a tikam dari belakang. Dua benda ni lebih kurang je, sape pernah kena?. Haha, nasib lhaa. besar maksudnya, kenapa tak guna istilah teman makan teman atau sahabat makan sahabat, kerana erti teman dan sahabat tu besar maknanya. Pernah korang terfikir kenapa banyak guna  perkataan teman daripada sahabat, maybe sahabat tu lagi cun kot bunyinya, hahaa. Like, teman belajar, teman bermain, teman tapi mesra, teman ketawa, and banyak lagi kalau nk cerita pasal teman ni haa. Malah teman ni jugak digunakan utk pasangan hidup yakni, teman hidup, dan ada jugak yang guna istilah teman sehidup semati. Oleh itu, kita tak guna istilah sahabat dalam perhubungan suami dan isteri ni. Sahabat ni lebih menjurus terhadap hubungan yang sama jenis, yakni halal dalam islam, hihi, maksud zamie persahabatan  antara lelaki dengan lelaki, manakala perempuan dengan perempuan, hanya sahabat, tak lebih ! tapi, sebenarnya sahabat lah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu membawa peranan teman dan kawan . Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa. Macam istilah yang sering digunakan, sahabat sejati tetap dihati hingga mati,haha, okay tu tambah je, hahaa!! Pernahkah korang tertanya apakah status perhubungan anda bersama orang yang anda anggapkan sebagai kawan, teman dan sahabat tu,? ataupun korang yang jenis tak endahkan perkara tu semua kan. tak ambil kisah pun tentang tu semua, janji ad tempat nk bergelak ketawa, renung renungkan lah, dah besar semua, so fikir sendiri ya :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan pembaca blogger sekalian..

      Setelah sekian lama saya tidak berkesempatan mengmaskini blog kerana urusan yang datang silih berganti, Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan ini pun berkat kerajinan yang ada..(heehhehehehe)....
     Hari ini, saya ingin berkongsikan kepada korang semua tentang masalah obesiti, tetapi obesiti bukan topik utama yang saya ingin kongsikan, tetapi amalam ekstrem yang diamalkan oleh segelintir masyarakat barat yang mengamalkan memakan kapas bulat..Mungkin ini dikatakan 'kerja gila'. ayat lain ' tak ada makanan lain ke nak makan'. Kerja gila ini lah yang dilakukan mereka untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan dijadikan kemegahan oleh segelintir masyarakat di negara barat terutamanya golongan wanita.
    Menurut kajian, Malaysia menjuarai tempat pertama di kalangan negara ASEAN dan berada pada nombor enam di Asia Barat yang secara tradisinya dianggap 'negara gemuk'.
    Di atas keterdesakkan untuk kelihatan kurus, mereka mengambil jalan mudah tanpa mengambil impak yang akan diterima atas perlakuan memakan kapas bulat. Kebanyakkan cara diet gila ini di lakukan oleh model untuk memeberi kesan yang segera tambahan pula kos kapas yang murah daripada kos suplemen yang mahal dan mengambil masa yang lama untuk memberi kesan tindak balas serta harus di makan secara berterusan untuk memberikan kesan yang 'Aumm..aummmmm'...hahahaha
    Biasanya pelaku diet akan menemggelamkan lima bebola kapas kedalam air yang berjus untuk memberikan rasa yang sedap..(kalau x ada rasa x sedap nak telan)..Seperti yang kita dapat ketahui kapas yang bukan berasaskan organik diperbuat daripada poliester dan mengandungi bahan kimia. Peumpamaan yang mudah untuk di fahami adalah seperti mencelup baju kemeja ke dalam jus seterusnya memakan dengan enaknya.
     Menurut Presiden dan CEO National Eating Disorders Association ( NEDA), Lynn Grefe, amalan diet tersebut tidak mempunyai apa- apa nilai pemakanan. Malah, langsung tidak mempunyai sebarang serat dan nutrien yang di perlukan oleh badan.
     Kesimpulan yng diperolihi adalah, pemakan bola kapas tidak memberikan sebarang jalan penyelasaian untuk menurunkan berat badan. Dengan bersenam dan memakan makanan yang sihat secara teratur dapat mengatasi masalah ini.Jadi renung- renungkan dan selamat beramal...


Siti Nazirah Bte. Abd Rahman
UK 30233
   


Monday, 27 January 2014

Sabar itu Indah


Hari ini hari yang penting buat Humaira.Dia telah menjadi tunangan orang.Dia tidak menyangka akan bertunang dengan Ashraf yang merupakan teman bermain pada zaman kanak-kanaknya.Pertunangan mereka diaturkan oleh keluarga untuk mengukuhkan lagi silaturahim antara keluarga Ashraf dan Humaira.Kedua-dua keluarga ini sangat rapat kerana mereka pernah tinggal berjiran.Namun,Humaira sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat  baru atas faktor pekerjaan Ayah Humaira.Ketika itu dia berusia 10 tahun manakala Ashraf 2 tahun lebih tua daripada Humaira.

               Walaupun telah bertunang,Ashraf dan Humaira tidak pernah keluar berdating.Beberapa kali Ashraf mengajaknya keluar namun Humaira menolak.Bagi Humaira,selagi tiada ikatan yang sah,dia tidak akan sesekali keluar berdua dengan Ashraf.Humaira seorang gadis yang memiliki latar belakang berpendidikan agama.Memiliki raut wajah yang sederhana.Mungkin tidak menarik bagi seseorang yang mementingkan rupa paras seperti Asyraf.

             Suatu hari ketika Humaira bersiar-siar dengan rakan-rakannya di taman rekreasi,dia ternampak seseorang yang cukup dikenalinya.Ashraf...sedang berpegangan tangan dengan seorang wanita yang tidak dikenalinya.Dengan wajah yang tenang,Humaira mendekati pasangan itu.Tiba-tiba Asyraf terkejut.

             “Eh,Humaira.Apa awak buat kat sini?”Ashraf menyapa Humaira sambil melepaskan genggaman tangan wanita itu.

            “Saya jalan-jalan dengan kawan-kawan saya.Siapa kat sebelah awak tu?”Humaira cuba mengawal emosi.

           “Ini…emm…girlfriend saya,”balas Ashraf dengan selamba tanpa memikirkan perasaan Humaira yang terluka.

          “Apa?Kenapa awak tak berterus-terang yang awak dah ada girlfriend?,”Humaira menyoal Ashraf dengan nada yang agak tinggi membuatkan kawan-kawannya terkejut.

          “Awak ni dah kenapa?Tiba-tiba naik angin.Malulah sikit.Kat sini kan ramai orang,”.

           “Oh…malu.Awak jalan sambil berpegangan tangan dengan perempuan bukan mahram tak malu pulak,”.

            “Eh,awak ingat saya nak ke bertunang dengan awak.Cerminlah diri awak tu sikit.Awak tak layak untuk saya ”.Perempuan yang berdiri di sebelah Ashraf tersenyum sinis.

Humaira berasa dunia ini gelap seketika.Dia tidak menyangka Ashraf yang dikenalinya dulu telah berubah.Air matanya yang berlinangan cuba ditahan.Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Ashraf.       

             “Dahlah  Ashraf.Saya kecewa dengan awak,”.Humaira terus pergi dari situ.

Saat itu,hati Humaira hancur.Humaira sangat kecewa kerana Ashraf tidak jujur dalam perhubungan.Dalam diam,Humaira telah lama menyukai Ashraf.Namun,dia malu untuk meluahkan perasaannya itu.

Setelah fikir semasak-masaknya,Humaira bertekad untuk memutuskan pertunangannya dengan Ashraf.Dia reda jika Ashraf bukan jodohnya.Dia tidak mahu menjadi penghalang antara Ashraf dan perempuan itu.Apalah ertinya sebuah perkahwinan jika hati ada pada orang lain.

            Humaira menyuarakan hasratnya itu kepada ibubapanya dengan alasan dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.Pada awalnya,ibubapa Humaira menolak permintaan Humaira.Namun,setelah dipujuk beberapa kali,mereka terpaksa akur dengan keputusan Humaira.Sejak itu,perhubungan antara keluarga Ashraf dan keluarga Humaira semakin renggang.Humaira tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun perihal kelakuan Ashraf terhadapnya.Dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut.Hidup perlu diteruskan.Humaira meneruskan pengajiannya dalam bidang psikologi di Universiti Islam Antarabangsa.

Seperti biasa,ayah Humaira iaitu Encik Hamid pergi ke masjid yang berdekatan dengan rumahnya.Sewaktu mendirikan solat Isyak berjemaah,Encik Hamid tertarik dengan suara imam muda yang sangat syahdu.Dia tidak pernah melihat imam itu sebelum ini.Selepas solat,dia menemui imam tersebut lalu imam itu memperkenalkan diri.

               “Saya Yusof.Saya baru je balik dari Jordan seminggu yang lalu.Ini pertama kali saya

                 diamanahkan untuk mengimamkan solat di masjid ini,”

               “Oh,patutlah pak cik tak pernah nampak anak ni,”.

Tutur kata yang sopan dan berbudi bahasa membuatkan Encik Hamid menyukainya.Tanpa segan silu,Encik Hamid menanyakan satu soalan kepada Yusof.

                  “Anak ni dah kahwin ke?.    

                   “Eh,belum’.Encik Hamid tersenyum.Dalam hatinya,dia mengucapkan syukur kerana masih berpeluang untuk menjodohkan Yusof dengan Humaira.

Semakin hari,hubungan Yusof dan Encik Hamid sekeluarga semakin rapat.Yusof pernah berjumpa Humaira beberapa kali tetapi masing-masing malu untuk bertegur sapa.Suatu hari,Encik Hamid menyuarakan hasratnya untuk menyatukan Yusof dan Humaira.Yusof bersetuju untuk mengahwini Humaira.Mereka tidak bertunang malah terus mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana.Berkali-kali Humaira melafazkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan seorang suami yang soleh.Yang mampu memimpin dan membimbingnya ke syurga Allah.Sabar itu indah.Allah telah mengabulkan doa Humaira selama ini.Sesungguhnya,perancangan Allah itu hebat.Dia Maha Mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.Alhamdulillah…

  Amiralbasyariah Bt Hamzah(UK30255)

 

 

 

 

           

Friday, 10 January 2014

Dalam Pahit Ada Manisnya..

Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain.

Saya masih ingat lagi kata-kata Cikgu Kaunseling saya “Setiap hari,kita diberi pilihan untuk melakukan sesuatu,”.Walaupun beliau telah pergi menghadap Ilahi namun kata-katanya masih segar dalam ingatan saya.

Ekoran daripada itu kitalah yang harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yang kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh memilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah untuk menempuh semua ranjau-ranjau ini.

Kadangkala peristiwa atau permasalahan yang berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yang tidak tahu menilai antara yang buruk dengan yang baik.

Dunia ini dipenuhi dengan berbagai ragam dan kehidupan. Kita sendirilah yang memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yang mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.

Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar untuk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yang kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yang sedang kita ketawakan itu.

Janganlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, banyak lagi kegembiraan yang boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.

Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dengan adanya rasa pahitlah kita peka terhadap sebuah kemanisan.  Semoga kita lebih memahami diri sendiri dan mengerti hakikat sebuah kehidupan…

Kadangkala Allah hilangkan mentari…
Kemudian Dia gantikan guruh
Puas kita menangis
Mencari mana mentari kita
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah
Sabarlah duhai insan…

Ada kemanisan di sebalik kepahitan ini 


Amiralbasyariah bt Hamzah (UK30255)