Pages

Saturday, 28 December 2013

                           7 Sunnah Hebat


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.









(Akmal Nadhirah bt Mohd Fauzi-uk30251)

Rahsia Jodoh Saya



Melihat kebahagiaan manusia lain dengan apa adanya pada diri kita itu adalah sangat bahagia. Namun pada ketika melihat kebahagiaan orang lain dengan diam-diam melihat segala kekurangan diri sendiri, itu adalah muara segala kepedihan.
Di muara itu, pedih itu akan mengalir perlahan-lahan, lesu tapi pasti ke hulu hati. Dan inilah kisahnya, kisah bagaimana saya akhirnya menegadahkan wajah pada yang namanya bahagia yang pedih.
Tahun akhir.
Tahun terakhir di universiti menjadikan saya perempuan yang kurang terkendali. Tugasan akhir perlu dihantar, harapan ibu bapa juga perlu dijunjung, namun paling membuat saya terjerembap pada namanya pedih, adalah kata-kata mitos yang entah siapa menciptanya.
Kata mereka, "Sekiranya kamu sudah berada pada tahun akhir, tetapi kamu belum punya buah hati, kamu akan sulit mencari jodoh."
Saya tahu itu mitos, namun tetap sahaja ia mengganggu hati pada ketika mata mahu pejam. Ia seperti nyamuk yang lapar dan menyangka telinga kita adalah tempat meluahkan rasa laparnya.
Saya cuba sabarkan diri, cuba penuhkan waktu dengan segala jenis kesibukan yang saya tahu, namun tetap sahaja kata-kata mitos itu berdatangan masuk ke dalam hati. Jelas, hati saya masih ada celah-celah yang tidak saya ikat rapat-rapat, walaupun sudah segenap usaha saya mencuba.
Bertanya juga saya dalam hati, "Mengapa tidak ada yang mengutuskan surat cinta?"
Untuk pertanyaan itu sering saya jawab dengan penuh rasa rendah diri, "Saya bukan perempuan yang cantik."
Yang bertambah merisaukan saya adalah pada hari itu, pada ketika saya mahu menyedapkan hati, mahu berkata cinta sebelum nikah itu haram lalu saya bertanya kepada teman sebilik saya yang tinggi ilmunya.
"Kamu tidak fikir cinta sebelum nikah itu haram?"
Dalam tersenyum dia menjawab, "Bercinta tidak haram, yang haram adalah zina. Jadi sekiranya cinta kamu itu mendekatkan kamu kepada zina, kamu boleh fikirkan sendiri hukumnya, dan kamu sendiri tahu menyusun keutamaannya. Jangan salahkan cinta tetapi salahkan diri kamu sendiri. Nabi Muhammad saw sendiri tidak membantah orang bercinta tetapi cinta itu perlu berakhir dengan perkahwinan kerana hanya itu ubatnya cinta.
Seperti kisah seorang gadis yatim yang dipinang oleh dua lelaki. Seorang miskin dan seorang kaya. Gadis tadi memilih lelaki miskin tadi atas dasar cinta sedangkan penjaganya memilih lelaki kaya tadi. Apabila perkara itu diajukan kepada Rasulullah, beliau bersabda, 'Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah". Ini hadis sahih riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah."
Itu jawapan yang saya pegang bersama dengan runsing pada mitos yang saya tidak tahu di mana benarnya. Mujur juga, teman sebilik saya yang cantik, alim dan bijak itu tidak ada teman lelaki. Keadaan itu melegakan hati saya kerana saya tahu, saya tidak sendiri.
Yang paling melegakan saya adalah bicaranya. Katanya, "Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu."
Lalu berdoa sahajalah yang dapat saya lakukan, dan akhirnya, seperti doa dalam diam saya dijawab Tuhan, dan pada hari itu saya menemukan lelaki ini, lelaki yang membuatkan mitos itu kabur daripada hati saya.
Lelaki.
Dia rakan sekuliah, dan dia seorang yang sangat tekun belajar dan dia cuma kalah tekunnya kepada rakan karibnya sendiri. Markah peperiksaan dia tidak pernah gagal mendapat B ke atas. Pada wajah dia, semua sepakat mengakui, jelas sinar kejayaan di situ. Saya juga melihat perkara itu dan saya akui dalam tidak sedar, hati saya mula terpaut kepada dia.
Namun, perempuan tetaplah perempuan. Malu itu adalah perkara nombor satu. Malahan dengan kacak wajah lelaki itu, saya sangat yakin, setidak-tidaknya dia sudah punya kekasih yang akan diajaknya bernikah usai menerima ijazah.
Itu yang saya yakin sehinggalah pada hari itu, selepas peperiksaan terakhir, pada ketika di luar dewan peperiksaan masih riuh dengan gelak tawa, dia datang kepada saya.
"Saya tidak pandai berkata-kata dan saya masih malu," ucap dia yang pertama, membuat saya terhairan-hairan.
"Jadi?"
"Begini, biar saya berterus-terang." Lelaki itu menggaru-garu dahinya yang saya tahu tidak gatal, tetapi gaya itu membuatkan saya semakin tertanya-tanya.
"Begini...." Pada ayat itu juga dia berhenti dan kembali tunduk.
Saya hanya melihat jam, dan apabila melihat saya begitu, wajahnya terlihat risau.
"Begini...."
"Apa yang begini?" soal saya segera.
"Begini, saya bertanya kepada ibu saya, bagaimana saya mahu mencari perempuan yang baik untuk saya nikahi. Ibu saya menjawab, saya tidak perlu risaukan berkenaan perkara itu. Perkara yang perlu saya risaukan adalah diri saya sendiri. Saya perlu menjadi lelaki yang baik dan pada ketika itu persoalan 'bagaimana mencari perempuan baik' akan selesai dengan sendirinya," jelas dia panjang.
"Jadi?" soal saya lagi dengan hati yang sudah berdegup kencang.

"Jadi, saya fikir, dalam empat tahun di sini saya sudah berusaha sebaik mungkin menjadi lelaki terbaik, dan saya fikir, lelaki yang baik bukan lelaki yang sekadar menanti jodohnya, tetapi adalah lelaki yang juga mencari, dan itulah yang saya mahu beritahu," jawab dia dengan tergagap-gagap.
Mendengarkan itu pipi saya menjadi merah. Apa maksud dia? Mengapa tiba-tiba dia berkata begitu kepada saya? Takkan dia.... Tiba-tiba saya berasa saya menjadi perempuan yang sangat bertuah.
"Jadi, saya minta tolong awak, tolong hantarkan surat ini kepada rakan sebilik awak," kata dia lalu menghulurkan surat bersampul biru muda kepada saya, dan terus rasa bertuah saya hilang entah ke mana, dan terus sahaja merah pipi saya bertambah hangat.
"Sebelum awak salah anggap, ia bukan surat cinta, tetapi ia adalah surat izin mahu berjumpa ayahnya. Jadi saya harap awak tidak anggap saya ini lelaki yang sekadar bermulut manis," jelas dia dengan bersungguh-sungguh.
Saya tahu, pedih saya sudah bermula. Teman yang membuatkan saya selesa itu juga sudah menerima surat cinta, dan saya? Tetapi saya tetap bahagia kerana teman baik saya itu mendapatkan lelaki yang mendengar kata-kata ibunya, lelaki yang cerah masa hadapannya. Saya bahagia tetapi tetap sahaja ia bahagia yang pedih.
Lalu pada ketika saya memberikan surat sampul biru muda kepada teman sebilik saya, dia berkata, "Sebenarnya, kamu juga mendapat surat yang sama daripada rakan karib lelaki itu. Kamu sangat bertuah." Lantas dia menghulurkan satu sampul surat putih kepada saya.
Pada sampul surat putih di tangan saya itu, saya tahu seperkara, apapun isinya, ia adalah petunjuk kepada rahsia jodoh saya.

(Akmal Nadhirah bt Mohd Fauzi-uk30251)

Friday, 27 December 2013

Kisah Shamsiah Fakeh Part 2

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua :)
mulakan pagi anda dgn secawan Nescafe....haha. *ok, lawak x jadi
Alhamdulillah....saya masih hidup untuk terus menaip kisah shamsiah fakeh part 2 ini.

   Pada usia remajanya, arwah Shamsiah merupakan seorang anak yang baik dan pelajar yang pintar di madrasahnya yang terletak di Sumatera,Indonesia. Dia juga turut belajar di madrasah di Negeri Sembilan ketiika Perang Dunia Kedua hampir meletus. Arwah Shamsiah juga berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh setahun dan menghafal tafsir al-Quran dalam tempoh 2 tahun. Dia menjadi anak murid kegemaran gurunya iaitu Lebai Maadah.

   Pada usia seawal 16 tahun dia telah dijodohkan dengan pelajar lelaki di madrasah itu juga oleh Lebai Maadah namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama. Mereka bercerai sebaik sahaja suaminya diterima bekerja sebagai polis dan tanpa sebab yang munasabah, suaminya itu telah menceraikan arwah Shamsiah. arwah Shamsiah berkahwin untuk kali kedua namun perkahwinannya itu juga tidak bertahan lama.

   Setelah melalui saat-saat yang mendukacitakan, arwah Shamsiah bangkit semula dan melupakan kenangan pahit yang lalu. Bermulanya perjuangan arwah dalam usaha membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah adalah dengan menghadiri ceramah kemerdekaan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Dari situ, arwah aktif hadir dalam setiap perjumpaan yang diadakan oleh UMNO dan PKMM. *PKMM pada masa itu tidak diharamkan lagi.

    Sehinggalah tiba kemuncaknya penglibatan arwah dalam perjuangan ini apabila arwah pertama kalinya berucap mewakili PKMM di Istana Besar Johor Bahru ketika Kongres Melayu kali ketiga diadakan. Itu merupakan permulaan dan langkah pertama arwah dalam bidang politik ini.

   Sepanjang arwah shamsiah bergiat aktif dalam bidang politik, dia juga pernah berkahwin dengan Ahmad Boestamam dan menjadi isteri kedua Ahmad Boestamam yang merupakan ahli jawatankuasa tinggi di dalam PKMM. Perkahwinan tersebut juga tidak tahan lama kemudian arwah Shamsiah  berkahwin pula dengan Wahi Anuwar.hmm...banyak pula bercerita psl perkahwinan arwah nie.

    Ahmad Boestamam dan Wahi Anuwar juga merupakan ahli PKMM dan berjuang untuk menuntut kemerdekaan sama seperti arwah Shamsiah. Dipendekkan cerita, mengapa Shamsiah Fakeh digelar pejuang dan komunis pada masa yang sama adalah kerana PKMM telah diharamkan semasa Undang-Undang Darurat dan PKMM telah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang British. Kerana itulah berlaku salah faham dan menyebabkan orang ramai menyangka Shamsiah Fakeh merupakan komunis.sekian

nak tahu lebih lanjut belilah novelnya :)
novel ini lebih detail kerana arwah Shamsiah yang menulisnya sendiri.
tetapi novel ini saya tak beli pun sebab tebal sangat...hehe

Tuesday, 24 December 2013

From Nizalmie

From Nizalmie

hii there, saya muhammad nizalmie,actualy this is my first story for this blog. Mesti terfikirkan kenapa cakap macam tu. Haa, sebenarnye zamie ni tergolong dari orang yang masuk lambat ke umt, tah intake keberapa, haha. So zamie kena buat jugak satu post dalam blog ni, sebab setiap group kena la update,and dalam group kena ad personal update. 

Haa, for this post, zamie nk post pasal Softball. "Hmm, tak habis habis pasal softball -,-' ", biarlah dah softball kan my life,har har(suka tak ikhlas). Sebenarnya zamie pernah pergi ke peringkat antarabangsa dalam sukan softball ni, so nak jugaklah bercerita pasal pengalaman kat thailand baru baru ni.

MALAYSIA TEAM


this is malaysia team, suka duka nangis tawa,semua ad terpahat dalam kenangan team ni, tak pernah kot nangis sebab nak tinggalkan team, ni first time zamie pernah nangis sebab nk berpisah kat airport KLIA

ni jadual game




haa, ni lah muhammad nizalmie yg selamani korang tak tahu tu, haha, poyo je.
ni gambar masa dekat Hotel Depprom,Chiayapum,Thailand, baru baru ni, gambar ni di ambil daripada kawan zamie yg bernama addin, masa pagi first game masa tu malaysia bertemu dgn pakistanhee,masa ni lah malaysia menang buat kali pertamanya, 

ni ad lagi gambar gambar yg menjadi kenangan utk team malaysia



haa, masa ni lah zamie ngan kawan zamie dari kedah ni kena kejar dengan budak budak sekolah(actualy lalu depan sekolah) pastu kawan zamie ni tanya "kenapa diorang kejar kita ni zamie?" zamie cakap, try cooldown buat dont know je, . sampai sampai budak tu, diorang tanya zamie ngan kawan zamie nak cap(topi)zamie pun cakap ahh, ad lagi game lepasni so tak boleh bagi lagi(dalam bahasa inggeris)
diorang pun angguk macam faham(tak tahu lah faham ke tah) hashtag sentap


 serious gila muka

haa, gambar ni tah bila dia tangkap, tau tau ad orang tag kat pesbuk, so ambik jelah, rezeki katakan, haha
masa  ni lawan dgn jepun, unfortnatly kalah 9¬0, (okay la dari team lain) hahaa

so duk korek korek, ni ad lah jugak gambar masa main SUKMA TERENGGANU, tahun 2013
 so kalau nk cerita kat blog ni takkan habis, so zamie stop here lah ye, celcom pun dah hantar text your  broadband servis will expired bla bla..
nanti lain hari lain kali, zamie post lagi neh, see ya!

haa ni ad satu gambar masa ni main utk team UMT







see ya! baiii

Learning Lots Of Languanges



Assalamualaikum and greetings, En Rabie and readers. This is another posting by Rasyidah UK30257. Its pleasure to have you guys in our blog to read my posting today. I dont know, somehow I suddenly got an idea to post something in blog. This is like my second posting in this blog. Actually I have lots , really lots of works to be done. I swear to you guys, I dont know whyyyyyy I still sitting in front of this desktop computer to do editing movie (and playing games). I like to do works with computer and internet so it doesnt bother me, and I still havent count how many hours did I spent today in front of this computer hahaha.

So lets get back to our main title. Well, the title explains very well until I have no more ideas, hahahaha. Ermm. Learning lots of languages is actually one of my bucket list to do. Languages that I would like to learn beside Malay and English are, Arabic, Spanish, French, Portuguese, German, Japanese, Thai, Italian, Khmer, Cantonese(I understand a bit), Mandarin(I understand a bit too). Ok I think its enough because if I make the list too long, people will saying that I like to show off, perhaps?



Ok, why? Readers must be questioning while they are reading this, why or por queeeeee(in Spanish) I wanted to learn lots of languages. Well, one of the main reason is I want to become a translator, and even if I cant be translator, I can talk to peoples from other countries with no worries. And another thing is because I want to be a good native speakers in lots of languages. So, in order to become a good native speaker, one must always practising that language. Okay, for example. If you wanna be a good native English speaker, of course you have to speak, write, listen and think well in English. Whyyyyy did I said THINK WELL? Yaa, another good question. This is because, when you want to become a good native English speaker, you cannot thinking in Malay language. You have to have to THINKING in English language to perform good speaking, writing and listening in English. Its the same thing when it goes to other language too. When you wanna be a good native Spanish speaker, you have to THINKING in Spanish.

But how to have a mind that THINKING in Spanish? I would like to suggest to those whoever wanna learn Spanish (instead of going paid class), watch Spanish cartoon without English subtitle first then proceed with English subtitle. Why cartoon? Because beginners are like children, so they have to watch cartoon (actually, it is because cartoon have good pronunciation rather than movie). Why no English subtitle first? Because you want your ears to listen Spanish, then your mind will predict what the heck they are talking about. Why proceed with English subtitle next? So, you can see whether your prediction before this are same with the English subtitles or not.

After you done these exercises with many times, you can proceed to harder stage. Such as movie. Spanish movie. Im pretty sure, within in 1 year, you already can be a native Spanish speaker! Yeay!! Actually, those learning tips above, I learned from a website and I can apply to other languages too. But the problem is, I dont have much time to do the exercises hahahahahaha :D

Ermmm, actually Im not very good in English Language. Because I can write well (well keee?? perasan je lebih) in English, but when it comes to speaking in front of public, lots of nonsense things will come out from my mouth and even my English teacher cant understand me. I still remember when I was in form 5, Mrs Shobana or my classmates and I called her Mummy Shobby secretly behind her hahahaha, did asked a question in class. So, I couragely stand to answer her question because everyone scared of her but I swear to you when you know her, she is kindhearted and caring teacher!
OMG, I didnt know what the heck I was answering that time until she asked, "Pardon? I cant understand you". Hahahaha I feel like I want to slap myself instead of repeating my answers. Then I sat down and luckily I didnt answered loudly so other classmates cannot hear me hahaha.

I love Mrs Shobana very much!! I still remember, when we all were in form 4, we scared like hell when it comes to her class hahahaha. We sat down, and the class were sooooooo quite until its good enough to hear the crickets sounds krik krik krik. Ok let me tell you a brief short story about it, so you can get a clear imagination. Okay, I still remember there are 2 hours of BM before 2 hours of English class. The BM teacher, Cik Bairaha is a new teacher and students enjoyed her class until the class was really noisyyyyyy! Like pasar, I tell you. Then, when the bell rang and showed that BM classes ended, we suddenly changed into others person, quite and innocent students hahahaha. We did changed our seats in BM class, and when it comes to English class, we got back to our main seat in rushing hahahaa. We did that in a short time. Then, my classmate Ramzi or Faiz , always sneaked out of the back door to see whether Mummy Shobby arrived or not. I love and miss these moments very much. And I would like to thank Mrs Shobana, because of her. I can write and speak well in English within 2 years. Thank you sooooo much, Mrs Shobana. I wont forget our memories :'(

Okayy, in a nut shell, I want to learn lots of languages, thats all. And I would like to say thank you for lending me your eyes (usually people say "thank you for lending me your ears" hahaha) and I would like to apologize if anyone feeling offended when reading this post. Assalamualaikum and adios and sayonara~

Credit goes to www.hanhai-language.com for the dictionaries photo.

Monday, 23 December 2013

Kisah Shamsiah Fakeh

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua :)
seronok bercuti?hehe
saya suka sangat cuti...haha. *tetiba pula -,-

   Nama penuh beliau ialah Shamsiah Fakeh Sultan. Sebenarnya,saya tak tahu nak tulis 'beliau' ataupun 'dia' kerana ada sedikit isu dalam menggelarnya jadi saya akan menamakannya sebagai arwah Shamsiah. Apa yang menarik sangat pasal dia??? kenapa saya pilih untuk bercerita mengenainya???

    Izinkan saya bercerita dari mula bagaimana saya mengenali arwah Shamsiah. Pada masa tu, saya berusia 16 tahun dan berada di tingkatan 4. Saya sangat suka membaca novel sehinggakan ibu bapa saya mulai risau kerana bimbang saya tidak menelaah buku pelajaran sedangkan SPM semakin hampir. Sepatutnya persediaan SPM dibuat dari tingkatan 4 lagi. Makna kata,tiada istilah 'honeymoon' ketika di tingkatan 4. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mendengar nasihat ibu bapa saya. Saya cuba untuk menghentikan seketika tabiat membaca novel walaupun sukar kerana telah sebati dengan diri saya.

    Pada suatu hari, keluarga saya pergi ke Midvalley untuk berjalan-jalan. Kemudian, kami singgah di kedai buku MPH atas permintaan kakak saya yang mahu membeli buku rujukan untuk subjek Akaunnya di universiti. Semasa menemani kakak saya membelek-belek buku rujukannya...saya terpandang sudut novel. Hati saya bergelodak mahu ke sana. Sudah lama rasanya saya tidak melihat novel terbaru di pasaran. Saya pun pergi ke arah rak-rak buku yang penuh dengan novel-novel terbaru di pasaran, Rambang mata saya dibuatnya!

   Saya tertarik untuk melihat novel yang berjudul 'Shamsiah Fakeh,Pejuang,Pemimpin dan Perempuan' lalu segera tangan saya mengambilnya dari rak buku. Membaca judulnya saja sudah membuatkan saya kehairanan kerana saya tidak pernah sekali pun mendengar namanya disebut di televisyen mahupun oleh guru-guru sekolah saya. Lantas saya berfikir, bagaimana pula dia boleh digelar sebagai pejuang dan pemimpin? Siapakah dia sebenarnya?

buku yg saya beli dan baca


   Kemudian, saya pun membaca sinopsis yang terdapat di belakang buku tersebut. Saya dapati Shamsiah Fakeh merupakan seorang komunis. Saya bertambah hairan. Bagaimana seorang Komunis boleh digelar sebagai pejuang? Saya berasa amat marah. Bagaimana buku sebegini boleh diterbitkan?? Saya cuba mententeramkan hati saya. Saya menyambung semula bacaan saya sehingga habis.

    Ohh...baru saya tahu! arwah Shamsiah benar-benar seorang pejuang. Kerana apa? Nantikan sebentar lagi...hehe. Sambung semula cerita di MPH, saya pun membuat keputusan untuk membeli buku tersebut dan meminta ayah saya membayarnya. Wajah ayah saya sangat terkejut tatkala saya menghulurkan buku tersebut kepadanya. Ayah saya berkata "Shamsiah Fakeh ni komunis! Beli buku lain!", Ayah saya membantah sekeras-kerasnya permintaan saya untuk membeli buku ini. Puas saya pujuk dan akhirnya ayah saya benarkan juga dengan syarat saya membaca buku ini selepas SPM.

   Tetapi, saya tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh ayah saya. Saya membacanya semasa cuti akhir tahun selepas saya selesai menjawab peperiksaan akhir tahun tingkatan 4.
Bersambung....nantikan Shamsiah Fakeh part 2 ;)

Friday, 20 December 2013

Siti Nazirah bite. Abd Rahman
UK30233
Kami buddyz x kan terpisah...

  Assalamualaikum dan selamat petang kepada rakan-rakan blog sekalian..
Alhamdulillah pada petang ini dapat juga aku melihat matahari menerangi bumi Allah yang indah ini setelah sekian lama hujan turun tanpa henti sehinnga mengakibatkan bencana alam yang berlaku di Kuantan,Terengganu dan juga Johor.Alhamdulillah aku masih bersyukur kerana di Umt masih selamat kerana kampus aku tidak dilanda banjir tidak seperti sebelum-sebelum ini..
Hari terakhir kami berdua bekerja kene buang sampah!!
          Hari ini aq ingin berkongsi tentang pengalaman aq bekerja selepas menamatkan zaman persekolahan sambil menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.Kerana terlalu teruja seperti rakan -rakan lain yang sudah ditawarkan pekerjaan sambilan..Aq meminta izin ibu bapa aq sendiri untuk bekerja dengan alasan bosan duduk rumah daningin mencari pengalaman..lagi satu sebab aq tidak dapat PLKN,jadi ia lgi mudah untuk aq memberi alasan kepada mereka..hehehehhehe...Alhamdulillah ibu bapa aq tanpa memberi alasan mereka pon memberi 'Green light' kat aq...
INI LAH PENGURUS SAYA 'KASANOVA' DAN BERSAMA AYIE
        Jadi bermula la operasi mencari keja...Kerja pertama yang aq mohon adalah menjadi pengasuh di tempat aq,kerana aq suka kepada budak-budak.Ibu aq selalu berpesan suka budak-budak x sama dengan menjaga budak lagi-lagi anak orang.Nak jadikan cerita aq pon x hantar surat permohonan tu...(ada lagi simpan kat rumah).Destinasi seterusnya adalah ke mall.waktu jalan- jalan dengan ibu beli barang dapur aq ternampak satu iklan di sebuah restoran makanan iaitu The Chicken Rice Shop.Dengan muke yang selamba Aq pergi berjumpe dengan pengurus restoran tersebut untuk mengisi borang permohonan kerje...(dah la waktu tu yang incharge kedai tu lelaki + annoying)..selepas habis isi borang sempat lagi aq gelarkan pengurus tu Kasanova..sebabnya dye tu mcm gatal tahap ++++...
     Pada keesokkanya tengah sedap sedap beradu aq menerima panggilan telefon daripada pengurus tersebut bahawa aq telah diterima bekerja di situ..apalagi suke bukan kepalang la...gaji pon masyuk dpt elaun lg...setelah menguruskan kan segala urusan aq pon mule bekerja sebagai pelayan.mule2 msok aq tngok semua staff lelaki,tertanya -tanya jugak mana perempuan dekat kdai nie..rupe-rupenya pengurus aq ckp setiap perempuan yang keje dkt sini x smpai seminggu dh berhenti disebabkan letih.Dalam kepala asyik terfikir teruk sangat ke kerje sampai nak berhenti kerje..
    Perkara utama kene hafal menu.hah!!!amik kw siap bawak balik buku menu nk menghafal..kiranya hari pertama aq bekerja bole la...biasa-biase je...Hari kedua pulak..aq kene masuk pagi...wah!!!!sebelum sepuluh setengah aq dh terpacak depan kedai sambil makan roti..Aq suke kerje waktu kerje pagi sebab x rmai pelanggan lpas tu bole balik awal...klau sibuk pon waktu hari minggu dan org dpt gaji..Kusangka panas hinggan kepetang rupenya hujan ditengah hari.Tengh syok-syok berborak masuk seorang perempuan yg garang mcm singa betina.rupenya pengurus kedua kedai tu..pengurus aq yg diberi gelaran Kasanova ni pon satu x bg tau pon tntng kewujudan pengurusan perempuan tu.
     Jujur aq ckp sape yg xad tahap ketahanan mental dan fizikal untuk kerje di restoran kedai makan mmg akan berhenti seperti bekas-bekas staff dulu...Tanpa aq duga dan x sangka dah sebulan aq kerje dengan macam -macam ragam pelanggan yang kadang-kadang ok,dan yang kadang-kadang berlagak lgi2 angkuh.
    Setelah berkhidmat selama 5 bulah lebih aq telah menghantar surat untuk berhenti kerja.Buat kali pertama surat aq tidak dilayan kerana aku harus menghadiri kursus di ibu pejabat The Chicken Rice Shop.Surat kedua aq masih x di trima kerana pengurus kawasan (Area manager x bagi).Surat ketiga aq hampir ditolak kerana kekuranag staff..setelah merayu sampai nak menangis akhirnya surat berhenti aq di luluskan.Sebelum aq berhenti aq telah menerima anugerah iaitu pekerja terbaik selama 2 bulan yang x diketahui aq selama ini dan staff dtg kerja awal n mendapat mrkah teringgi untuk layanan terbaik.(Mystery customers)..
    Walaupon aq hanya seoang shaja staff perempuan yg bekerja disitu, aq msih di hormati oleh rkn2 lelaki yg lain..Dioranglah jugak yg bwkaq g klinik bile aq skit dan smpai sekarang setiap kli aq blik,kami akn berkumpul untk mengeratkan lagi silaturrahim..Hanya satu shja aq nk ingatkan x semua kerje sng walaupon nmpk senang,
    Smpai disini shaja coretan aq pada hari ini setiap kekurangan datang pada dri sendiri yang kerdil dan hnya insan biasa.

UK30233

Tuesday, 17 December 2013

Kejayaan Pada Masa Lalu Tidak Dapat Menentukan Kejayaan Pada Masa Hadapan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and greetings, En Rabie and readers. Ungkapan di atas dipinjam dari cikgu Matematik yang dah ajar Syidah sejak dari Tingkatan 2 sampai Tingkatan 5 dan alhamdulillah, keputusan Matematik PMR dapat A, SPM dapat A+, terima kasih banyak banyak kepada Cikgu Lui Chun Moi. Tapi bukan keputusan tu yang nak diceritakan sekarang, tapi ungkapan tu, hahaha.


Syidah ingat lagi waktu Tingkatan 4, maklum lah, lepas PMR 2010. Semua muka-muka dah jadi muka-muka malas belajar. Apa lagi, Cikgu Lui pun bengang lah jugak. Dia pun mulakan ceramah dia dalam kelas, tapi Syidah suka dengar dia bagi nasihat. Memang terserlah sifat keibuan betul! Buat pengetuan anda (FYI), Cikgu Lui nih sangat bagus orangnya. Dia pernah jadi cikgu Bahasa Cina sekolah rendah, dan sekarang, mampu ajar maths dan add maths. Memang nampak la dekat situ yang Cikgu Lui ni sangat bekerja keras. Suami Cikgu Lui pun lebih kurang sama, pandai bidang matematik. Agak-agak mereka pernah berdebat pasal soalan matematik tak? Hehehe. Anak-anak Cikgu Lui? Huhhhh, tak payah cakap la. Syidah kenal dengan mereka, sebab taman perumahan kami dekat. Anak-anak dia pun pandai sangat sangat! Pernah dengar tak, amalan yang diamalkan semasa ibu mengandung tu akan memberi kesan kepada anak yang dikandung. Faham tak? Ye la, Cikgu Lui kan cikgu matematik. Waktu dia mengandung dulu dia ajar matematik pulak, memang pandai-pandai lah anak cikgu tu.

Sambung balik kat ceramah dia tadi, dia ada kata jangan lalai dengan result PMR tu. Ada jugak yang PMR semua A, SPM tak ada A. Ada jugak yang PMR tak ada  A, SPM semua A. Jadi, secara ringkas ceramah dia pada haritu ialah “Kejayaan pada masa lalu tidak dapat menentukan kejayaan pada masa hadapan”. Memang insaf lah jugak dengar ceramah dia tu. Dia pun banyak sangat bagi nasihat-nasihat, tunjuk ajar. Fuhhh, memang sayang laa dengan cikgu tu.

Masa Tingkatan 3, Syidah sangat sangat suka subjek biologi. Hoping to pursue study in pure science class. Tapi apakan daya, waktu PMR Syidah dapat 4A 4B je. Subjek B tu English, BM, Pendidikan Islam dan Sejarah, subjek A yang selebihnya. Sedangkan, untuk masuk kelas sains tulen kat sekolah Syidah ni, one must got at least 5A’s in PMR result. Nak buat surat rayuan masuk Kelas 4H (Sains Tulen), malas pulak.
Masa Tingkatan 4&5, Syidah pun belajar dalam kelas 4G&5G (Sains Teknikal). Kelas 4H dan 4G berjiran, jadi adat kutuk mengutuk kelas memang AMALAN MULIA. 4H dipanggil 4Hantu, 4G dipanggil 4Ghost, hahaha. Kelas 4G&5G, ada subjek teras, Physics, Chemistry, Additional Mathematics dan Engineering Drawing. Jadi, sepanjang 2 tahun tu, Syidah letak expectation yang sangat tinggi untuk sambung belajar dalam Marine Engineering atau Aeronautical Engineering atau Electric and Electronics Engineering. Syidah suka jugak Software Engineering, tapi waktu SPM tak ambil subjek ICT, jadi tak terfikir nak pilih kursus tu.
Keluar keputusan SPM 2012, dapat 3A+ 5B+ 1C+. Memang stres lah lepas dapat result tu. Sebab impian nak jadi engineer macam dah musnah. Syidah pun masuk Tingkatan 6 sambil tunggu keputusan UPU pulak. Syidah dapat kelas Aliran Sains Fizikal. Ada subjek Physics, Chemistry, Mathematics dan etc. Syidah rasa nak taubat daripada ambil aliran sains, cuba pulak aliran kemanusiaan, pilih kelas ekonomi. Best la jugak kelas tu.

Tup tup, dapat Diploma Perikanan dalam UMT untuk panggilan kedua. Hurmmm. Tak sangka, bila datang sini, dapat belajar subjek biologi, subjek yang Syidah nak belajar waktu form 4 dulu.
Sepanjang  Sem 1 haritu, ada je orang mempertikaikan. “Macam mana kau nak belajar biology, kau kan tak ambil subjek bio waktu SPM” dan “Dia tak ambik biologi dulu, macam mana dia boleh jawab soalan tu?”. Yeah, I was upset and I feel like I want to punch him/her on that time, seriously. Dan keputusan Sem 1 dah pun keluar, alhamdulillah I didnt fail my biology subject dan bukan cukup makan, tapi rasa dah terlebih makan ^^ Berbalik kepada ungkapan Cikgu Lui tadi, “Kejayaan pada masa lalu tidak dapat menentukan kejayaan pada masa hadapan”. Kita bukan tuhan untuk menentukan biologi siapa yang dapat A, biologi siapa lulus, biologi siapa gagal. Kita semua manusia, cuma usaha + doa +tawakal + rajin.

Akhir sekali, jangan berbangga sangat dengat keputusan yang kita dapat. Cukup la sekadar bersyukur sebab dapat keputusan yang setanding dengan usaha yang dah dicurahkan. Terima kasih, Cikgu Luiiiiii. I love you XOXO hahaha

P/S : Say hello to our new member ~!~! Lets give around of applause to him, Muhammad Nizalmie Mohd Azani!
Credit goes to 
http://www.xrixsterweb.com/ for the picture :)

Thursday, 5 December 2013

Sahabat Selamanya


Kaulah yang selalu…

Selalu menemaniku…

Mendengar kisah pahit manis hidupku….

Lagu yang dipopularkan oleh Najwa Latif,Syamkamarul dan Sleeq tentang sahabat.


Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.


Saya yakin,anda pasti mempunyai sahabat kan?Sahabat merupakan insan yang bermakna dan memainkan peranan penting  dalam kehidupan kita.Jika kita bersahabat dengan si penjual minyak wangi,kita juga akan berbau wangi namun jika kita bersahabat dengan si tukang besi,kita akan terkena percikan besi.Tidak salah jika kita berkawan dengan semua orang.Namun,buatlah pilihan yang bijak dalam mencari sahabat.Sahabat yang sejati takkan tinggalkan kita kalau kita dalam kesusahan.Sebaliknya,dia akan sentiasa support kita
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Sesungguhnya manusia sering lupa dan justeru itu mempunyai rakan yang baik serta sering mengingatkan kita kepada kebaikan dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran adalah merupaakan satu bonus untuk kita agar dapat menjadi insan yang benar-benar bertakwa.
Ingatlah tidak kira sekuntum bunga itu harum atau tidak,
Tempatnya tetap di tanah…
Begitu juga bulan tidak kira apa bentuknya,
Tempatnya tetap di langit…
Dan begitu juga persahabatan tidak kira dekat atau jauh,jumpa atau tak,
Tempatnya di dalam hati…
Sesungguhnya nilai persahabatan itu lebih bermakna dari segalanya.



Wednesday, 4 December 2013

Cerita Pendek

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua :)
sudi-sudilah membaca cerpen pertama saya ni...hehe.

   "Lisa...bangun nak.Pergi basuh muka cepat."gerak Ibu. Mataku terbuka sedikit. Aku menggosok-gosok mataku. Aku menjadi terpinga-pinga. Mengapa Ibu menggerak aku pada pagi-pagi buta begini? jam menunjukkan jarum panjang pada angka dua. "Baru pukul dua pagi. Kenapa ibu menggerak aku? Ibu tidak reti melihat jamkah?"Bisik hati kecilku. "Cepat bersiap Lisa, ayah dah tunggu dalam kereta tu."Ibu menggesa. Aku melihat abang dan kakak sedang lena diulit mimpi. "Mengapa aku sahaja yang Ibu gerak? Ibu mahu meninggalkan abang dan kakak ke? Ibu sayang aku seorang sahajakah?" Teka aku.

   Aku buat seperti apa yang disuruh Ibu sebentar tadi. Aku segera menukar pakaianku. Tiba-tiba sahaja, dada aku terasa sakit. Aku sesak nafas. Sakitnya ya Allah....Nafasku menjadi tercungap-cungap. Aku ingin bertanya pada Ibu segala persoalan yang bermain di mindaku tadi tetapi aku tidak larat untuk bercakap. Ayah segera mendukung aku dan memasukkan aku ke dalam kereta. Ibu duduk di sebelahku. Membelai lembut rambutku. Aku cuba untuk bercakap tetapi Ibu melarang. Aku terus tertanya-tanya. Aku menjadi buntu.

   Kereta yang dipandu Ayah mennyusur laju di lebuh raya. Tidak pernah aku melihat ayah membawa kereta selaju ini. Ayah yang aku kenal dulu tidak begini. Ayah seorang pemandu yang berhemah. Kenapa Ayah tiba-tiba sahaja berubah? Aku teringat keadaan kakak dan abang aku di rumah. Mereka keseorangan. Bahaya boleh datang bila-bila masa sahaja. Pencuri boleh menceroboh masuk ke rumah dan menculik mereka. Kebakaran juga boleh berlaku secara tiba-tiba sekiranya terdapat percikan api dari wayar telefon. Andaian buruk menerpa fikiranku. Aku memejamkan mataku kuat-kuat. "Aku tak nak fikir yang bukan-bukan. Ibu dan Ayah orang yang baik!" Pujuk hatiku lagi.

*********************************************************************************
   Aku membuka mataku. Aku kehairanan. Bagaimana aku boleh berada di sini. Aku tidak biasa dengan tempat ini. Tempat apakah ini? ramai yang berpakaian serba hijau. Coraknya pula sama. Mengapa mereka berpakaian sama? Mataku meliar mencari-cari ibuku. Tiba-tiba sahaja air mataku mengalir deras seperti empangan pecah. Aku menangis kerana aku gagal mencari ibuku. Aku fikir,ibu sudah tidak sayang aku lagi kerana itu dia meninggalkan aku di sini. Tiba-tiba, datang seorang wanita berusia lingkungan 30-an mendekati aku. Dia kelihatan seperti orang yang baik. Dia  melemparkan senyuman kepadaku. Aku segera mengesat air mataku. "Adik sihat?" tanya wanita tersebut. Aku sekadar menganggukkan kepala tanda mengiyakan. "Nama adik Farah Lisa kan? Soal wanita itu lagi. Aku mengangguk lagi. "Ibu Lisa pergi surau. Dia nak solat. Tadi dia bagi tahu kat mak cik. Lisa boleh panggil mak cik Doktor Hani." wanita tersebut memperkenalkan dirinya. "Lisa tahu tak yang Lisa sakit asthma. Lisa kena duduk kat hospital 2-3 hari lagi. Doktor akan pantau Lisa sehingga Lisa dah pulih sepenuhnya. Lisa beruntung sebab ibu bapa Lisa hantar Lisa ke hospital cepat. Masuk kali ni dah tiga kali Lisa kena serang asthma. Lisa kenalah jaga kesihatan Lisa sebab bila Lisa sakit, Ibu bapa Lisa risau." Ujar Doktor Hani panjang lebar. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Bukan aku yang nak sakit ni! Doktor ni tak faham." Getus hati kecilku.
inhaler utk pesakit asthma

*********************************************************************************
   Aku tersenyum sendirian apabila mengenangkan peristiwa tersebut. Pada masa tu, aku berusia 4-5 tahun. Sampai sekarang aku masih lagi menghidap penyakit tersebut tetapi tidak seteruk semasa aku kecil-kecil dulu. Semasa aku kecil, kerap kali aku diserang asthma sehingga aku terpaksa ditahan di wad selama berhari-hari. Kerap kali juga aku tidak pergi ke sekolah. Kadang-kadang tu sampai seminggu lamanya aku tidak ke sekolah. Ayah pula terpaksa mengambil cuti untuk menghantar ibu ke hospital untuk menemani aku. Kadang-kadang aku menangis kerana mengenangkan pengorbanan mereka dalam menjaga aku sepanjang aku sakit. Aku merasakan diriku ini bukan siapa-siapa untuk mereka jaga dan merawat aku. Aku tidak mampu memberi mereka harta yang banyak kerana aku bukanlah orang kaya. Aku tidak mampu membuatkan mereka bangga kerana aku bukanlah pelajar pintar. Aku tidak berguna....ya,aku memang tidak berguna kerana tidak ada satu pun dalam diri aku yang mampu memberi mereka keuntungan dan kesenangan. Aku bukan sesiapa. Namun, jauh di sudut hati aku...aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku nyawa untuk aku terus hidup di muka bumi ini. Aku berazam untuk menjadi anak yang solehah. Moga Allah meredhai niat aku ini :)


Nukilan UK30258